Pakai Baju Tidur Ni Seksi So Baru Malam2 Ghairah Sikit Tengok, Aliff Syukri Usik Isterinya Bila Belikan Baju Tidur Baru

Datin Seri Shahida dilihat memuatnaik video terbaru suaminya Datuk Aliff Syukr menghadiahkannya baju tidur baru. Berikut kapsyen entri beliau di bawah;

” wah happy saya hari ni bila @aliffsyukriterlajaklaris belikan saya baju tidur yg satu set dgn seluar…hahah dia tahu saya suka pakai kat rumah…..dia punya happy tu kalah dapat handbag tau…..dan yg paling best dia shopping dkt @lemaream.lingerie @lemaream.lingerie sbb le kat situ baju tidur dia mmg berkualiti …pandai dah dia pilih tempat nak shopping utk isteri dia kan..”

Entri tersebut mengundang reaksi netizen yang terhibur dengan gelagat pasangan suami isteri ini yang disifatkan merpati dua sejoli.  “Sweetnya dtuk datin….bersemut tau….datin bli tudung ktmna ….saya suke lah..simple” komen seorang netizen.

Sementara itu, lagu Bobo di Mana dikatakan trending nombor 1 di youtube sebaik sahaja dilancarkan. Lagu yang dinyanyikan oleh Dato Aliff Syukri, Sajat dan Lucintaluna tu bukan sahaja popular di Malaysia malah di Indonesia. Begitulah hebantnya penangan lagu tersebut.

Namun semua kemasyuran lagu itu tidak hanya berkisar pada keenakan melodinya sahaja, malah kerana kontroversi yang tercetus oleh ketiga penyanyi tersebut. Malah lagu itu turut dinyanyikan semula dalam versi parodi oleh artis tanahair.

Namun ada cerita kurang enak berkenaan lagu tersebut. Ini apabila seorang pendakwah terkenal iaitu PU Amin telah menempelak video klip lagu itu yang dilabelkannya sebagai haram. Beliau turut menegur Dato Aliff dan Sajat yang didakwa membawa pengaruh tidak baik kepada anak muda.

Baru-baru ini, pelbagai komen negatif dilemparkan kepada usahawan kosmatik terkenal, Datuk Aliff Syukri yang didakwa tidak menghormati teguran pendakwah bebas PU Amin, isterinya Datin Seri Shahida tampil bersura untuk menjernihkan keadaan.

Menurut beliau yang mengakui tidak menyokong mana-mana pihak termasuk suaminya, Shahida sekadar meluahkan kekesalannya apabila isu berkenaan berpanjangn sehingga mencetuskan perbalahan di kalangan netizen di laman sosial masing-masing.

“ Oleh itu, pertama sekali saya merasa terkilan di atas tindakan berbalas komen di Instagram Pencetus Ummah Amin dan juga suami saya @aliffsyukriterlajaklaris. Sejujurnya saya tidak menyokong mana-mana pihak tapi cukup-cukuplah berbalah sehingga ruang komen dipenuhi caci maki sedangkan Islam tidak menganjurkan kita menjadi punca perbalahan.

“ Sementara Ustaz Amin kami hormati sebagai pendakwah hebat, pastinya ilmu jauh tinggi dari @aliffsyukriterlajaklaris. Mungkin itu cara dia berdakwah, mungkin ada yang suka ada yang tidak. Begitu juga lagu Bobo gandingan Sajat dan Lucinta, ada yang suka ada yang tidak.

“ Sebagai seorang Islam, senjata orang Mukmin ni ialah doa. Maka berdoalah kita mudah-mudahan kita semua diberi hidayah bukan bercanggah dan berbalah di media sosial nak tunjuk siapa lebih hebat. Menegur tak salah, tapi gunakanlah perkataan yang baik,” ujarnya di laman Instagram.

Sementara itu, Shahida juga memohon agar netizen tidak mengaitkan kontroversi yang menimpa Aliff dengan rezeki dan ahli keluarga mereka yang lain.

“ Bagaimanapun saya harap jangan sampai mencaci dan kaitkan tentang rezeki dan juga ahli keluarga. Yang lain-lain tidak bersalah. Rezeki hari ini bukan kerana dia seorang tapi rezeki anak-anak, isteri, ibu bapa dan ibu ayah mertua.

“Justeru saya dengan rendah hati memohon sejuta kemaafan kepada PU Amin di atas apa juga perbuatan atau tingkah laku suami saya yang menyinggung Ustaz dan orang lain. Namun percayalah suami saya seorang yang baik walaupun secara dasarnya orang pandang negatif.

“ Ini kerana saya lebih mengenalinya, mungkin dia kurang sensitiviti terhadap agama dan masyarakat. Saya harap teruslah nasihat dan didiklah dengan cara yang baik walaupun diterima atau tidak. Dalam masa yang sama doakan juga,” luahnya.

Beliau turut memohon maaf sekiranya kenyataannya itu dianggap sebagai memperkecilkan usaha dakwah yang dilakukan oleh PU Amin.

“ Jika dilihat walaupun tak banyak ada perubahan, daripada teguran Ustaz tentang tarian yang tak elok sebelum ni, namun dalam MV terbaru tak ada lagi tarian sebegitu. Bukankan itu juga perubahan walaupun sedikit.

“ Jadi ini bermakna kita kena sedikit sabar dalam mendidik Insya-ALLAH sampai masa nanti akan berubah.

“ Saya mohon maaf ustaz sekali lagi kerana memperkecilkan dakwah Ustaz PU Amin sebab kami ini cetek agama. Sentiasa doakan kami berada di jalan yang diredhai. Saya mohon maaf @pencetusummah_amin,” tulisnya.

Tapi tidak hanya itu, ibu kepada empat anak ini menafikan tuduhan netizen yang beranggapan dia masih bertahan dan bersama Aliff kerana harta yang dimiliki usahawan bekenaan.

“ Saya mohon jangan hina saya kerana harta. Ada yang kata saya sanggup bertahan sebab harta, sedangkan saya dah kenal dia sebelum dia ada semua ni,” tegasnya.

Lihat video terdahulu di mana Aliff Syukri menyahut cabaran PU Amin

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Lubok Viral

Sumber: sinarharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *