Orang pergi sekolah nak belajar bukan nak bercinta dik oiiii

Sekolah adalah tempat untuk menuntut ilmu. Sering kali masyarakat memperkatakan bahawa murid-murid dan pelajar merupakan insan penting dalam menggerakkan sesebuah negara kerana mereka adalah tonggak utama yang akan mengemudi dunia.

Namun, sejauh manakah kata-kata sedemikian boleh mendatangkan kesan dan manfaat pada masa depan sedangkan pada ketika inilah mereka sepatutnya diberikan pendidikan yang terbaik.

Dalam mendepani cabaran yang kian mencabar, banyak negara sudah melakukan rombakan terhadap sistem pendidikan masing-masing demi memastikan murid dan pelajar mendapat ilmu seiring dengan peredaran masa dan ini termasuklah Malaysia.

Namun apa yang menyedihkan seorang pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di selangor cuba terjun dari tingkat dua sekolahnya gara gara tekanan yang dihadapinya. Senang je adik ini fikir, nasib baik ada cikgu yang memujuk dan memeluknya supaya tidak terjun. Kemudian dibantu oleh pasukan penyelamat yang tiba tidak lama kemudian.

Berat sangat ke tekanan yang dihadapi oleh pelajar itu??? Masa admin sekolah dulu perkara yang memberi tekanan adalah tak dipilih jadi pemain bola sepak je lah yang lain tak ada. Lagi pun masa sekolahlah yang paling seronok, tak perlu fikir apa apa… cuma fikir belajar dan main je la yang lain semua ibu bapa yang fikirkan.

Ramai yang mengatakan pelajar ini nak terjun kerana putus cinta atau pun cintanya tak berbalas. Ada yang balas masa sekolah dulu mereka hanya fikir nak makan apa pada waktu rehat sahaja. Ada pula yang cakap akak tingkatan satu tudung pun butang ke tepi lagi dik… ahahaha kelakar juga komen komen nie.

 

Komen yang membina ada juga nie kesian mak ayah dik… nak bela kau tu bayar yuran brang sekolah bukan murah. Yang menambah pun ada masa form 1 dulu akak sibuk fikir macam mana nak jadi pengawas je dik.

Tetapi yang bestnya ada yang suruh adik tue terjun je, setakat tingkat dua tak mati katanya… atleast ada la pengalaman bila dah besar esok dan matang… baru kau tau malu ingat perangai bodoh kau hahaha. nampak sangat dia punya broken macam semalam kahwin hari ni cerai je.

Kesian adik ni…mesti ada masalah lain yang membuatkan dia fikir itu sahaja jalan penyelesaiannya. Kepada yang ada adik yang masih sekolah nasihatkan lah mereka supaya belajar betul betul dahulu jangan nak bercinta kat sekolah nanti dah besar menyesal dah tak berguna.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *