Orang Kampung jer Pakai Tudung Camni. Aliff Syukri Bengang Dengan Fesyen Tudung Isteri

” Org kampung je pakai Tudung mcm ni.. meyampah.. Aku sorang je ke rasa tudung bini aku ni buruk?? Aku beli tudung ribu2 tak nak pakai sedih..”

Begitulah kapsyen pada entri Instagram terkini Dato Aliff Syukri, jutawan kosmetik tanahair. Walaupun nampak kasar apabila dilihat pada ayat tersebut namun jika anda dilihat pada video pula, tidak lah nampak kasar sebenarnya. Tambahan pula Dato Aliff adalah seorang yang berpewatakan lembut jadi bila marah tu nampak kelakar pula hehehe..

Video berdurasi pendek itu di mana Dato Aliff memanggil isterinya Datin Nur Shahida untuk berselfie tetapi kemudiannya memerli isterinya itu yang pada ketika itu tidak dalam keadaan bersiap.

” Alaa yangg tak glamer la yangg tudung ni…”, marah  Dato Aliff

” Dah lah..orang sekarang semua pakai semua pakai tudung ni you jer tak tahu, you jer kecoh..”, balas Datin Shahida

Dato Aliff sememangnya terkenal dengan kontroversi yang tidak pernah surut. Setakat pukul 12 tengah malam tadi, video tersebut telah pun ditonton sebanyak 734024 kali. Dalam pada itu netizen juga telah memberi komen terhadap entri Dato Aliff tersebut.

 

Jom lihat video penuh di bawah;

” Org kampung je pakai Tudung mcm ni.. meyampah.. Aku sorang je ke rasa tudung bini aku ni buruk?? Aku beli tudung ribu2 tak nak pakai sedih

kalau korang nak tngok mcm mana kehidupan sy blh buka youtube sy sy update hari hari ala2 paprazi… blh tngok youtube Tv Terlajak Laris sy dah psoting yaaa..tpi nak tngok kena subscribes ye dulu baru boleh tngok.. sbb vedio tu lebih 10mnit di ig seminit jeerr soo korang boleh belajar cara masa yg betul..”

Berikut adalah antara komen-komen positif yang diberikan oleh netizen,

” dato biar la tudung kampung ke ape .. kau tu dato dulu sblum kau kaya mustahil bini dato tk pkai tudung kmpung . asal niat kita untuk menutup aurat pun sudh cukup..” – aazzrimn

” Sebenarnya niat dato tu sy rasa bkn sbb nk glamer ke ape. Klu sbb hrga sy xrasa pun tudung sarung datin tu rm10 harganya. Semestinya mahal. Tp Mungkin di mata dato tu datin lebih cantik if pakai bawal or shawal. Sbb hsbnd sy pun sama je. Tak berkenan dia kalau tgk kita pakai tudung sarung gitu..” – rayyan raisya

” My hubby pun tak minat kita bertudung Sarung but kadang2 sesetengah suami ni gemar akan kecantikan yang sedap matanya memandang terutama lagi dari Isterinya.Walaupun ia dipandang remeh bagi sesetengah Isteri,tetapi itu adalah resepi kebangkitan cinta Suami terhadap Isteri.. “– kinamakenon

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Lubok Viral

Sumber: IG ohabangkosmetik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *