Netizen Tuduh Aedy Ashraf Bertatu. Betul ke tatoo ke kena exzos Moto.

 

Sekeping foto pelakon kacak Aedy Ashraf yang dikaburkan pada bahagian kaki menjadi perdebatan netizen di media sosial.Pelbagai andaian dan telahan dibuat hingga ada yang bertanyakan kesahihan pelakon itu mencacah tatu pada bahagian badannya.

“Ada tatu kat kaki?” soal salah seorang pengguna di Instagram.” Kenapa blur situ? Ada tatu ke?” soal pula pengguna lain.
Bagaimanapun, ada segelintir pengguna yang bertindak bijak menyokong tindakan Aedy untuk menyunting bahagian berkenaan bagi mengelakkan fitnah.

“Ada la buat fake tattoo tu, nanti tak blur pakat meroyan pula. Jadi ustazah ustaz. Dah blur pun kena lagi,” tulis seorang pengguna.

Sekitar hujung Oktober lalu, sekeping foto Aedy sedang mandi di kolam renang di Bali, Indonesia menjadi perhatian netizen apabila menayangkan ukiran tatu di belakang lehernya.

Bagaimanapun, difahamkan tatoo itu bukannya kekal dan hanya dilukis menggunakan inai. Harap harap betullah kan.

Tinjauan terbaharu mendapati Aedy telah menutup ruangan komen foto berkenaan.

Ada juga yang minta PU Azman azankan Aedy Ashraf nie. Kelakar pun ada hihihi.

Ada juga yang tanye macam mane nak jadi imam aka suami dia. Adoiii macam macam netizen nie.

Ramai juga yang tetap cakap hensem dan tak kisah dengan tatoo yang ada pada Aedy Ashraf.

Rasanya bukan tatu. Tapi kena exzos motor kot. Harap netizen tak buruk sangka.Kita doakan yang terbaik untuk Aedy Ashraf. Dia muda lagi harap boleh jadi pelakon yang baik serta boleh jadi idola kepada remaja di luar sana.

Kalaulah dia betul – betul ada tatoo kita doakan agar dia berubah menjadi lebih baik insyaAllah… aamiin.

Manusia selalu melakukan kesalahan , perlu lah sentiasa bertaubat tak kira dah tua atau pun masih muda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *