Neelofa tayang kekasih hati di media sosial

Artis pujaan dan kesayangan ramai, Neelofa baru saja pulang dari menunaikan ibadah umrah beberapa hari yang lalu. Bestnya.

Alhamdu lillah beliau dan keluarga selamat serta sihat sejahtera sepanjang berada di sana dan kembali ke tanah air dengan selamat.

Pastinya kenangan berkunjung ke tanah suci itu memberikan jutaan kegembiraan dan keberkatan kepada beliau sekeluarga. Ye la kan, siapa yang tak seronok dapat peluang berkunjung ke sana. Bukan saja boleh melancong, dapat pahala lagi, gitu.

Dari apa yang selalu admin dengar la kan, sesiapa saja yang berkunjung ke sana pastinya merindui untuk pergi lagi sekiranya diberikan rezeki dan peluang.

Begitu juga dengan artis kesayangan kita yang cantik jelita lagi single mingle ni.

Neelofa juga sempat berpesan kepada peminat peminat beliau untuk menghargai ibu masing masing dengan menyatakan bahawa resepi kejayaan beliau selama ini adalah berpunca daripada doa ibunya. Sejuk perut ibu melahirkan anak yang baik camni.

Seperti mana yang sering dilakukan oleh jemaah jemaah lain yang berkunjung ke tanah suci, Neelofa juga tak terlepas daripada membeli dan menghadiahkan cenderahati tanda kenang kenangan kepada ahli keluarga dan rakan di Malaysia. Kat admin takde ke Lopa. Hehe, nak jugak tu.

Dalam admin duk risik risik, admin terjumpa info yang Neelofa ada beli sesuatu kepada buah hati beliau. Sape la yang bertuah tu ye. Bukan main segak lagi beliau dengan busana jubah yang dihadiahkan.

Nak tau siapakah jejaka yang bertuah tu. Tengok la rakaman kat bawah ni.

Look at this precious boy!!! Ya habibi! 😍😆

Posted by Neelofa on Wednesday, 2 January 2019

Hihi. Suspen kan. Rupa rupanya itulah dia insan yang menjadi buah hati Lofa. So, korang jangan la frust menon ggeng pulak. Masih ada peluang lagi untuk menambat hati pengacara rancangan Meletop tu.

Jadi dah tau la kan sape kekasih hati Lofa tu. Siapa lagi kalau bukan Jebat Jayden. Bayi comel itu merupakan anak kepada kakak Neelofa, Noor Nabila yang telah berkahwin dengan pelakon Shaarnaz Ahmad.

Kecomelan beliau juga berjaya menambat hati peminat. Lihat saja la komen komen di bawah.

Itu la, kalau dah ayah dan ibunya segak, secara automatik kecomelan tu diwarisi oleh anaknya kan. Untung la.

Tapi takkan la nak beli hadiah untuk anak buah je kan Lofa. Tak sabar nak tengok anak Lofa dan pasangan pula nanti.

Admin doakan agar Lofa bertemu jodoh dengan insan yang telah ditakdirkan dan menimang cahaya mata yang comel macam Jebat Jayden ni.

Aaminnn.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *