Naz Rahman Mengamok Dijadikan Sasaran Publisiti Murahan Makanan Tak Seperti Review

PETALING JAYA: Sejak akhir-akhir ini, semakin ramai personaliti media sosial menjadikan ulasan makanan sebagai sumber untuk mereka menjana pendapatan.

Semakin ramai bilangan pengikut di media sosial, bermakna semakin tinggi permintaan untuk mereka dipanggil menjadi pengulas makanan di sesebuah lokasi makan.

Bagaimanapun seorang wanita di Twitter meraih perhatian netizen selepas mengadu tentang makanan yang dinikmatinya di sebuah kafe di ibu negara tidak seperti yang disyorkan oleh pengulas makanan.

Pemilik akaun @hannanrazaini itu ingin bercakap dengan pengulas makanan yang pernah makan di kafe tersebut kerana dipercayai memberi ulasan palsu.

“Makanan ‘kedekut’ macam ni berharga RM16. Suka hati je letak harga kualiti b***.

“Siapa ulas M**** Cafe Kajang ni? Saya perlu bercakap (dengan anda),” tulis wanita tersebut pada Ahad.

Posting berkenaan diulang kicau sebanyak 2,029 kali dan mendapat lebih 1,000 tanda suka (like).

Namun, nama pengacara Nazrudin Habibur Rahman atau Naz tiba-tiba dikaitkan dengan isu hangat itu sedangkan dirinya tidak tahu-menahu mengenai kafe berkenaan.

Tindakan pemilik akaun Viral Food Crew atau @khairunnaim5 yang mengenakan pautan (tagging) terhadap Nazrudin pada posting @hannanrazaini itu menimbulkan salah faham dalam kalangan netizen.

Rasanya kalau banyak syarikat buat program seperti ini, mesti ramai yang nekad untuk kuruskan badan. Sebuah syarikat di Guilin, China memperkenalkan program pengurusan badan selama 3 bulan untuk kakitangan mereka. Apa yang menarik ialah setiap kilogram yang berjaya diturunkan akan menerima bayaran sebanyak RM180.

Video sekadar hiasan

Rata-rata pekerja teruja untuk melibatkan diri dalam cabaran menguruskan badan itu. Menurut salah seorang pekerja dikenali sebagai Meng, dia telah menetapkan penurunan sebanyak 15 kilogram dalam masa 90 hari bermula 11 September lalu.

Sejak program itu dijalankan, Meng telah berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 5kg. Itu bermakna dia telah berjaya memperoleh ganjaran sebanyak RM900.

“Saya teruja untuk turunkan berat badan dengan lebih banyak lagi. Saya turut rasa lebih bertenaga daripada sebelum ini.”

Ganjaran hanya diberikan kepada mereka yang berjaya sahaja, namun jika gagal melunaskan cabaran tersebut mereka akan dikenakan denda.

Pengacara program Jalan-Jalan Cari Makan itu berkata, beliau tidak pernah makan di kafe tersebut dan berasa hairan kerana namanya ‘dipetik’.

“Jangan libatkan saya dengan perkara bodoh seperti ini kalau awak (@khairunnaim5) nak publisiti murahan.

“Sebagai pengulas yang berhemah, kita ada kita punya SOP (prosedur operasi standard) dan kami tidak membuat ulasan berbayar seperti mereka (blogger makanan),” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Selasa.

Jelas bapa kepada tiga cahaya mata itu, beliau dan pihak produksi mempunyai kredibiliti untuk menghasilkan kandungan program yang berkualiti sebelum menerbitkan ulasan kepada penonton.

Nazrudin turut menegaskan, sebagai pengulas yang beretika, individu itu harus menghasilkan kandungan yang telus dan jujur, bukan sekadar mencedok hasil kerja orang lain.

Pengacara itu berpandangan pemilik restoran juga perlu bersikap jujur terhadap pelanggan bagi mengelakkan kekeliruan seperti itu berlaku.

“Saya selalu tanya pemilik restoran sama ada betul ke apa yang dia sediakan untuk kru sama seperti apa yang dihidangkan kepada pelanggan?

“Saya tak mahu mereka hidangkan cantik-cantik untuk kami, tapi apa yang pelanggan dapat adalah sebaliknya. Kami tidak mahu pelanggan rasa tertipu,” ujarnya.

Jalan-Jalan Cari Makan

Posted by Virallaju.com on Tuesday, 9 October 2018

Video diatas adalah sekadar hiasan. Sumber : mstar / sembangkenchangtoq

Seterusnya, Turun 25Kg Dalam 4 Bulan, Gadis Manis Ini Kongsi Tips Kurus

Mempunyai badan kurus merupakan idaman semua orang tetapi tak tahu di mana mahu bermula. Kini semakin ramai yang mengamalkan makan secara sihat dan tak kurang juga berkongsi tips bagaimana untuk turunkan berat badan secara semulajadi yang mereka lakukan bak kata pepatah, sharing is caring.

Seorang gadis cantik manis, Asyiqin Khairi atau mesra dipanggil Ekin berkongsi cara bagaimana dia mampu hilang sebanyak 25 kilogram (kg) dalam masa empat bulan di laman sosial Instagram dan Twitter.

Menurutnya, dia mengamalkan minum air masak sebanyak 4-5 liter dan berpantang minum air manis. Selain itu, dia juga tak makan makanan bergoreng, roti, nasi mahupun makanan segera.

Dia hanya makan buah, sayur, kacang, telur dan yogurt kosong rendah lemak serta mengamalkan sedikit senaman sekurang-kurangnya sejam sehari.

Selepas dia berjaya menurunkan berat 10kg, Ekin mula mengambil nasi ketika makan tetapi hanyalah segenggam nasi.

Di samping itu, Ekin juga berpesan bahawa disiplin haruslah dijaga jika mahu berat badan turun secara konsisten.

Mungkin anda boleh cuba tips diberikan oleh Ekin jika mahu menurunkan berat badan secara semulajadi. Apa yang penting

sumber ohgebang / kakihavoc

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *