Nak Tengok Gigi Anak Cantik dan Tak Jongang, Aliff Syukri Cuba Cabut Sendiri Gigi Anak. Tak Pasal2 Kena Kecam Dengan Netizen

Dato Aliff Syukri telah mendapat cemuhan dari netizen apabila video terbaru yang beliau muatnaik sendiri di akaun Instagram miliknya menunjukkan tindakan beliau cuba mencabut sendiri gigi anak perempuannya Qadejah.

Rata-rata netizen tidak bersetuju dan mengecam tindakan Dato Aliff yang disifatkan keterlaluan dan tidak cerdik. Walaupun anaknya menangis dan merayu supaya tidak dicabut giginya namun Dato Aliff dilihat berkeras dan memujuk anaknya.

Salah seorang netizen telah memberi pendapat ikhlas kepada Dato Aliff yang dilihat keterlaluan terhadap anaknya.

” Assalammualaikum Dato’… minta maaf klau terguran saya nie mengguris prasaan dato’. Gigi nie tak boleh cabut sebarangan. Silap aribulan benda lain yang jadi. Saya tak minta benda buruk jadi dekat family dato’ tapi saya kesian klau Sesuatu di luar jangkaan berlaku. Saya faham perasaan dato’ sebagai seorang ayah untuk membantu mengurangkan sakit anak tu tapi andaikata benda lain yang jadi, menyesal tidak berguna dato’. Oklah dato’… Assalammualaikum…”

Adoi Dato Aliff ni, silap haribulan boleh kena siasat dengan pihak berkuasa sebab seolah bersikap kejam terhadap anak beliau. Ya betul Dato sayangkan anak tapi bukan itu caranya. Tambahan pula Dato bukan tiada duit nak bawa anak pergi klinik gigi, betul tak?

Sejujurnya admin juga bersetuju dengan netizen lain bahawa terdapat cara lain yang lebih sesuai dalam situasi terbabit, Tidakkah Dato Aliff sedar akan tindakannya itu boleh menyebabkan kecederaan kepada anaknya itu.

Sementara itu, Dato Aliff turut menulis kapsyen bersama-sama dengan video itu;

” sy kecewa sbb kali ini dr aliff syukri gagal menjatuhkan gigi cess… abah hnya nak gigi anak abah @qadejah cantik dan tak jonggang..”

 

Sila skrol ke bawah untuk lihat video penuh

Jom baca apa komen netizen;

” Ape lh ko ni g lh klinik gg.aku yg sakit gg ni pon xtertnggung..ank ko dh merayu kot ..adoii ko ni ..kesian bdk tu

” eeee…sakitnya..bwklh pergi jmp doktor gigi…cian dia..”

” @aliffsyukriterlajaklaris ..gram?sy lg gram tgk dato’..ni bkn zaman dlu y mk ayh sush nk ke klink sbb mlibtkn duit n tiada kndraan…cbot kt klink je la..sdh tgk ank cm 2.kt klink pn doc xde men rentp cm 2.mlh dia spu krim/jelly bg kebas…”

” Kalau Kanak-kanak gigi dia nak patah.. ada cara trsendiri bukan seksa mcm tu.. kita kena tunggu gigi tu jatuh sendiri.. cerr kalau kena sakit tu dekat dato.. benda sama je.. dato sakit jugak kan.. hahah┬áplss dato jgn seksa anak mu..”

” Cara mencabut gigi susu menggoyangkan gigi tersebut setiap hari hingga gigi mudah ditanggalkan atau membiarkan gigi tercabut sendiri secara semula jadi kerana situasi itu tidak akan memberikan kesan trauma kepada anak dato..”

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Lubok Viral

Sumber: IG ohabangkosmetik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *