Najib Razak Seru Peminat Manchester United Keluar Gua

Najib Razak muncul lagi. Mantan Perdana Menteri Malaysia yang popular dengan skan dal 1MDB itu sejak akhir akhir ini sering dilihat menyindir kerajaan di bawah pimpinan Pakatan Harapan dalam pelbagai isu. Namun kali ini beliau telah memuat naik isu bola sepak pula.

Gembira dengan kemenangan kelab Liga Perdana Inggeris kegemaran beliau, Manchester United ke atas kelab tercorot liga Huddersfield Town 3-1 beliau memuat naik status di akaun Facebook rasmi beliau.

“Dua kemenangan berturut turut bawah Ole Gunnar Solskjaer. Rasanya kita dah boleh keluar gua.

Tangga ke 6 bukan tempat kita. Yakin 2019 kita ke atas. #ggmu.”

Beliau yang sememangnya peminat tegar kelab The Red Devil itu mengetuai peminat peminat Manchester United di Malaysia untuk keluar daripada gua setelah pasukan kesayangan mereka tewas secara bertubi tubi di bawah kendalian The Special One, siapa lagi kalau bukan Jose Mourinho yang telah dipecat baru baru ini.

Jika kita teliti, nasib yang diterima oleh Mourinho lebih kurang sama saja seperti Najib Razak.

Mourinho dijulang ketika tiba di stadium keramat Old Trafford. Dipuji ketika memenangi Kejohanan Liga Bola Sepak Inggeris EFL 2017 dan Liga Eropah beberapa bulan berikutnya. Namun dikutuk kaw kaw apabila seringkali tewas apabila taktikal yang sama tidak berjaya. Seluruh peminat Manchester United begitu kecewa sehingga ada yang memeram  jersi kebanggaan di dalam gerobok di rumah nenek.

Begitu juga dengan Najib Razak. Beliau dipuji oleh penyokong ketika memegang tampuk pemerintahan. Sehinggakan kentut beliau pun dipuji wangi. Namun apabila tewas terduduk di dalam Pilihan Raya Umum PRU ke 14, semua pengampu lari buka kain. Bahkan rakan rakan parti pun menyalahkan beliau. Sehinggakan baju biru kebanggaan berlambang dacing yang seringkali disarung Bangla pun tidak lagi kelihatan di kedai kedai mamak yang berhampiran.

Berbeza dengan nasib yang diterima oleh Mourinho apabila latihan serta taktikal beliau dikritik hebat oleh Jesse Lingard dan Paul Pogba, Najib Razak dilihat masih menerima simpati dan sokongan daripada penyokong beliau. Lihat sajalah pada lagu tema tribute yang dihasilkan untuk beliau di bawah ni. Amat mengharukan sehingga menitis air mata nenek jiran admin yang sorokkan jersi Manchester Unites tadi.

Benarlah bak kata pepatah Melayu dulu dulu, “Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.” Cuma kita jadi manusia ni biarlah pemergian kita ditangisi bukannya dirai.

Jangan jadi seperti “Datangmu tidak diundang, pergimu tidak dilarang.”

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *