“Naik gunung tak kelakar…” Nabila Huda gagal tawan puncak Kinabalu

Nabila Huda kecewa tidak dapat bersama bapa dan anaknya.

PELAKON Nabila Huda meluah kan rasa kecewa apabila tidak dapat meneruskan pendakian bersama anak dan suami nya ke puncak gunung Kinabalu.Nabila atau nama sebenarnya Nabila Huda Suhaimi, 33, berkata, dia mengalami altitude sickness (penyakit ketinggian) ketika kira-kira hanya berbaki tiga kilometer untuk sampai ke puncak.

“Sangat-sangat menyedih kan apabila saya tidak dapat ke puncak, hanya tiga kilometer sahaja tetapi saya gagal.

Altitude sicknes, kepala pening macam nak pecah, lutut dah kejang, demam pulak ni,” ujarnya di Instastory pada Jumaat.

Anak kepada penyanyi rock Amy Search ini bersama suaminya Mohd Izwan Johar dan anaknya Keisha Laila, 8, memula kan pendakian gunung Kinabalu pada pagi Khamis.

image: http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/04/27/nabila-huda-gagal/~/media/de5d80dd67614e8299858767b790323a.ashx?la=en

Nabila Huda meluahkan rasa kecewa di laman sosial Instgaram.

Pelakon drama Dendam Aurora ini mengakui dia tidak bersedia dan mempunyai kekuatan mental dan fizikal untuk mendaki gunung tersebut.

Ujarnya, membuat keputusan mendaki gunung tertinggi di Asia Tenggara itu itu adalah bukan sesuatu perkara yang boleh dibuat main-main.

“Sumpah naik gunung Kinabalu tidak kelakar langsung, jalan dia memang epik gila, mental dan fizikal kena kuat, saya tidak kuat.

“Saya rasa sangat emosi sekarang ini sebab rasa loser gila,” katanya.

Bagaimanapun, Nabila berkata, anak dan suaminya masih meneruskan pendakian menuju ke puncak.

Dalam pada itu, dia turut mengucapkan terima kasih kepada beberapa malim gunung yang memberi bantuan keselamatan dan membawanya turun.

“Terima kasih kepada guide yang bawa saya turun bawah dan memberi bantuan kecemasan,” ujarnya.

Sebelum ini bapanya Amy berjaya dalam pendakian sehingga ke kem pangkalan Annapurna di Nepal.

Sumber: Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *