Nabila Dikecam Sebab Cari Lelaki Kacak Dan Nakal. Ini Penjelasan Beliau Buat Semua TERSENYUM

Lagu Pematah Hati mengecap kejayaan dan ini sedikit sebanyak memberi tekanan buat Nabila Razali untuk muncul dengan single baru.

Pemilik nama Nur Nabila Mohd Razali, lagu ciptaan Hael Husaini itu dianggap ‘masterpiece’ dalam kerjaya nyanyiannya.

Sila skrol ke bawah untuk lihat video

Kini hampir setahun, baru Nabila berani tampil dengan single baru yang bakal dilancarkan tidak lama lagi juga hasil ciptaan Hael dan Ezra Kong.

Hakikatnya, Nabila yang juga pelakon drama Hikayat Cinta Si Pematah Hati sekali lagi berada dalam dilema apabila belum bertemu pelakon lelaki bagi menjayakan video muzik video itu.

“ Sebenarnya saya mencari pelakon atau model lelaki berambut panjang. Saya dan pengurus sudah melakukan pencarian sejak tiga minggu lalu, namun belum ada yang sesuai. Ramai yang mesej di Instagram dan menawarkan diri selain memberi cadangan beberapa nama.

“ Jadi buat masa sekarang saya inginkan yang betul-betul sesuai dengan personaliti saya. Biar dalam video itu nanti kami nampak sepadan. Bukan mudah nak cari lelaki berambut panjang, kacak dan nakal.

“ Say kalau boleh pelakon atau model lelaki ini memberi impak dalam video muzik. Bukan sekadar jual rupa saja. Saya ingin dia menyerlah dalam video muzik ini hingga menjadi sebutan. Jadi, saya kena cari yang tepat,” katanya.

Menurut Nabila, walaupun menerima ratusan gambar, tidak ada satu pun yang menepati cita rasanya.

Nabila berkata, sekiranya belum bertemu ‘lelaki idaman’ itu dia ingin mencari pelakon atau model dari Indonesia.

“ Malah saya terfikir juga tentang perkara ini. Dalam kepala saya terlintas nama Miller Khan. Namun, dia sudah muncul dalam video kempen Neelofa. Jadi, saya tidak mahu ulang.

“ Apabila ingin menggunakan khidmat orang luar saya tidak boleh main ambil saja. Kena tengok sesuai dengan saya atau tak. Nanti orang cakap saya syok sendiri. Saya beri tempoh hingga pertengahan Oktober ini untuk mencari model atau pelakon sesuai,” katanya.

Selain itu beliau turut berkongsi mengenai lagu itu, Nabila berkata, ia berbeza daripada lagu sebelum ini selain memperlihatkan sisi baru dirinya.

Tambah Nabila, genre fusion pop rock itu tidak boleh disamakan dengan sebelum ini kerana ia lebih segar.

“ Lagu Pematah Hati menyampaikan mesej putus cinta, berbeza dengan lagu baru apabila saya digambarkan sudah ‘move on’. Genre lagu ini saja sudah cukup untuk menggambarkan tentang perasaan dan emosi saya dalam lagu.

“ Saya akui agak lama juga untuk mendapatkan lagu yang sesuai. Pada mulanya, Hael tidak mahu bagi dengar saya lagu ini, cuma dia memberikan sedikit bayangan. Apabila kami bertemu, baru dia perdengarkan sedikit dan saya terus jatuh cinta.

“ Dan tidak sangka pula, lagu ini seperti kesinambungan Pematah Hati. Saya berterima kasih kepada Hael dan Ezra yang sentiasa memberikan yang terbaik,” ujarnya.

Boleh dikatakan hampir setahun mencari lagu baru, Nabila juga menerima beberapa lagu daripada komposer lain.

Nabila menjelaskan bukan semuanya tidak sesuai dengan vokal dan personaliti dirinya. Disebabkan itu, Nabila sabar menanti hasil sentuhan Hael.

“ Ikhlas, Hael tahu kemampuan saya dan apa diinginkan. Saya pula tidak mahu membuang masa dengan merakam lagu yang tidak sesuai hingga dilancarkan nanti ia gagal mendapat sambutan.

“ Jadi untuk berada pada tahap sekarang bukan mudah. Kalau boleh saya ingin kekalkan momentum ini dan terus melangkah ke depan. Disebabkan itu, saya berasakan kerjasama dengan Hael lebih menjadi.

“ Kerjasama dengan Hael dan Ezra adalah rezeki untuk saya. Namun, bukan bermaksud saya menidakkan bakat orang lain. Setiap orang mempunyai kelebihan masing-masing,” katanya.

Disoal sama ada lagu baru itu bakal menampilkan gimik seperti sebelum ini, Nabila belum terfikir tentangnya.

“ Nama pun gimik, jadi saya tidak boleh terlalu merancang. Selalunya ia muncul pada saat akhir. Namun, untuk lagu ini saya berasakan tidak perlu. Tetapi, kalau nak jadi, jadi juga. Jadi, tengok macam mana nanti,” jelasnya.

Tentang kerjaya lakonan, Nabila baru terbabit dalam telefilem Pengantin Lari Culik Artis bergandingan dengan Syafiq Kyle.

Jom lihat video penuh di bawah

Sebuah telefilem bergenre romantik komedi itu bakal ditayangkan di saluran Astro Citra pada 29 September ini.

“ Sejujurnya saya teruja nak mempromosikan cerita ini. Selain genre dan jalan cerita, ini kali pertama saya bergandingan dengan Syafiq. Alhamdulillah, maklum balas sangat positif berbanding gandingan sebelum ini.

“ Gandingan Syafiq tidak ada yang cuba membandingkan saya dengan orang lain. Kebanyakannya menerima kerjasama kami. Syafiq banyak bantu saya di lokasi,” ujarnya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Lubok Viral

Sumber: hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *