Miza Filzah dilihat mesra bersama Remy Ishak di bazar

Gandingan pelakon Mira Filzah dan Remy Ishak menerusi beberapa drama mencetuskan fenomena. Keserasian mereka membuatkan ramai peminat yang ingin melihat mereka benar-benar menjalinkan hubungan cinta di luar kamera dan seterusnya ke jinjang pelamin.

Bagaimanapun, Mira Filzah memaklumkan beliau dan Remy tidak pernah mempunyai hubungan istimewa. Sudah tiba masa untuk orang ramai di luar sana berhenti mengaitkan mereka berdua. Hubungan mereka hanya di dalam screen sahaja.

Mungkin sesuatu yang normal untuk pelakon wanita dan lelaki terus dikaitkan jika kedua-duanya masih belum berkahwin. Tetapi sejujurnya Mira Filzah tahu batasnya dengan Remy. Kami hanya bekerja di set penggambaran dan selepas bekerja saya tidak keluar minum atau melepak bersama.

Tapi ada yang ternampak Mira Filzah dan Remy berjalan bersama mebeli juadah berbuka puasa macam mane tue? hihihi

Dalam pada itu, Mira Filzah mengakui lelaki berusia adalah pilihan utamanya dalam mencari cinta dan mempunyai didikan agama yang baik agar boleh membimbingnya. Dah macam kena je dengan Remy kan.

Mira memang suka lelaki yang lebih berusia, tidak pernah lagi berkawan dengan lelaki yang sebaya. Dalam mana-mana hubungan kita perlukan seseorang yang mampu membawa kita ke arah yang lebih baik. Sebab itu Mira perlukan lelaki yang mempunyai didikan agama yang boleh membimbing dirinya.

Terdahulu, ada pihak yang menuduh Mira sebagai punca Remy putus tunang dan mendakwa pelakon lelaki itu kini sedang angau dengan Mira. Tak baik siapa yang cakap macam tu. Namun, Remy membidas tuduhan melampau tersebut dan menegaskan mereka hanya sekadar rakan kerja sahaja dan tidak lebih daripada itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *