Mira Filza muat naik rakaman nie pun ramai yang nak tengok.

Mira ada memuat naik satu video yang menjadi perhatian dan tontonan pengikutnya di instagram. Ramai yang melihat sehingga 2.3 juta tontonan. Video apa yang menarik sangat sampaikan berjuta orang menontonnya ye???

Ramai net|zen yang komen nak jadi baby semula kerana nak kan apa yang Mira buat kepada baby Iqy dalam video tersebut hahaha.

Tapi kalau jadi baby nanti takut tak ingat dan tak rasa macam mane sekarang pulak kan.

Warga maya perempuan pun berkali kali menonton video tersebut inikan pula yang lelaki. Kaum adam nie kalau video menarik semestinya tidak akan dilepaskan peluang menonton. setuju tak kaum adam diluar sana?

Yang lebih menarik ada yang tiba tiba rindu nak jadi zaman baby dulu dulu… boleh buat benda tue sesuka hati dan tak ada yang akan marah katanya. Benda apa pulak tue ada ada saja mereka nie.

Tapi kalau jadi baby tak secomel Iqy tak ada pulak yang nak macam mane ye hihihi.

Jom layan video yang suka sangat di tonton oleh warga maya sampaikan berkali mereka layan

Patutlah ramai yang nonton video Mira minta kiss dari baby Iqy rupanya. Memang ramai lah nak juga kan.

Cerita berkaitan

Pelakon cantik Mira Filzah menafikan dia menjadi punca aktor tampan, Remy Ishak putus tunang pada Februari lalu.

Menurut Mira, dia hairan kenapa namanya dikaitkan dalam episod duka dalam kehidupan peribadi Remy, sedangkan Remy sudah pun menjelaskan punca pertunangannya kandas di pertengahan jalan.

Secara peribadinya Mira tidak tertekan apabila namanya terkait dengan kes Remy dan tunangnya. Sebab jika diperhatikan di media sosial Mira, tak ada pun komen berbaur provokasi atau marah-marah melainkan di akaun Remy.

Malah, Remy pun sudah menjelaskan bagi pihak dia dan seperti mana semua sedia maklum, Mira tiada kaitan dengan perkara terbabit. Mira dan semua orang tahu apa yang benar, jadi tak perlu pun takut.

Dalam masa sama, Mirza menegaskan, hubungannya dengan Remy saling tidak ubah sebagai rakan sekerja semata-mata.

Mira juga memaklumkan mereka cuma kawan sekerja, jumpa hanya di set penggambaran atau majlis hiburan. Itu sajalah ruang untuk mereka bercakap, tiada sebarang komunikasi lain pun.

Mira juga tak tahu kalau hubungan mereka sebagai rakan sekerja menjadi tempias besar kepada satu sama lain tetapi Mira tidak terasalah dengan apa yang dikatakan oleh warga maya.

“Tiada apa yang perlu saya takut sebab saya bukan punca perpisahan mereka. Malah, saya tak rasa kekok pun untuk digandingkan semula untuk telefilem Pujaan Hati Kanda Raya,” kata Mira apabila ditanya.

Ikatan pertunangan antara Remy dan ahli perniagaan, Ezza Yusof berakhir pada Februari lalu. Remy dan Ezza mengikat tali pertunangan pada Mei 2017 secara diam-diam. Walaupun telah putus umum mengetahui mereka tetap berkawan.

Selama bergelar tunangan orang, Remy tidak pernah berkongsi sebarang cerita mengenai bakal isterinya dengan wartawan sehinggalah statusnya menjadi tanda tanya apabila dia membuat pengakuan kembali solo di laman sosialnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *