Minum Air Rebusan Tuala Wanita Untuk Khayal Teknik Remaja Mencari Keseronokan

Dengan matlamat mahukan nikmat mabuk atau khayal mereka tidak lagi memilih arak atau dadah, sebaliknya tuala wanita.

Caranya menurut laporan Tempomereka merebus produk untuk alat sulit wanita itu dan meminum airnya.

Menurut Tempo penagih air rebusan tuala wanita itu dikesan di Jakarta, Bogor, Bekasi, Depok dan Tengerang.

Memetik kenyataan pegawai Suruhanjaya Perlindungan Anak Indonesia Sitty Hikmawatty portal itu melaporkan ‘idea’ mencari kepuasan daripada air rebusan tuala wanita itu berasal daripada rasa ingin tahu sesetengah remaja.

Hasil penemuan kesan air itulah katanya maka ia merebak kepada remaja lain.

“Mereka mencari bahan alternatif yang dapat membuat mereka fly, tenang atau gembira,” katanya.

Awal tahun ini penyelidik di Institut Teknologi Bandung Yessi Permana sempat terkejut apabila dimaklumkan mengenai kegemaran baru remaja terbabit.

Namun bukan isu mabuk saja yang dibimbangi pihak berkuasa.

Dipercayai air rebusan itu mengandungi beberapa bahan kimia yang boleh memberi kesan kepada mata, atau butiran polimer penyerap cecair yang berbahaya jika dimasukkan ke badan.

Kalau remaja sekarang fikir ambil dadah atau minum air arak sampai mabuk-mabuk tu cool… korang salah sebab korang mungkin kalah dengan trend terbaru daripada Indonesia ini.

Menurut Malaysiakiniada kegilaan baru yang dikesan dalam kalangan remaja Jakarta dan bandar sekitarnya iaitu dengan meminum air daripada tuala wanita! Euwww yekkk! 

Minum air rebusan ‘pad’ untuk rasa fly, tenang dan gembira 

Kes penagihan air rebusan tuala wanita yang dikesan di Jakarta, Bogor, Bekasi, Depok dan Tangerang ini sebenarnya berasal daripada rasa ingin tahu sesetengah remaja. Hasil penemuan kesan ‘puas’ itulah yang membuatkan trend ini jadi viral kepada remaja lain.

“Mereka mencari bahan alternatif yang dapat membuat mereka fly, tenang atau gembira,” kata Suruhanjaya Perlindungan Anak Indonesia, Sitty Hikmawatty.

Minum air rebusan boleh sebabkan kesan kimia pada mata dan badan

Disebabkan idea minum rebusan ‘pad’ ni kebabom sangat, penyelidik Institut Teknologi Bandung Yessi Permana sampai terkejut bila dapat tahu kegemaran terbaru remaja kat Indonesia ni.

Kata Yessi Permana, bukan isu mabuk yang buat dia bimbang tapi air rebusan ni sebenarnya sangat berbahaya sebab mengandungi pelbagai bahan kimia yang boleh beri kesan kepada mata dan butiran polimer penyerap cecair yang bahaya kepada badan kita.

Aduhai apalah korang ni macam-macam trend pelik sampai nak minum air rebusan pad bagai… Karang kalau sakit, siapa yang susah??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *