Menakjubkan Berusia 19 Bulan Tetapi Sudah Menunjukkan Kehebatan Membaca Dan Menyebut 300 Perkataan

Ingatkah anda akan perkataan pertama yang anda tuturkan semasa kecil? Atau berapa ramai di antara anda yang sudah boleh membaca ketika masih kecil atau bayi? Apa yang pasti majoriti di antara kita hanya boleh membaca di awal usia 4 atau 5 tahun.

Pola perkembangan kanak-kanak biasanya menetapkan bahawa kanak-kanak di bawah usia dua tahun masih belum berkemampuan menunjukkan kemahiran membaca.

Tiada peraturan yang khusus untuk menunjukkan perkembangan kanak-kanak itu sudah boleh membaca dan bertutur dengan cepat pada usia tertentu.

Perkembangan intelek dan minda seorang kanak-kanak atau bayi berlaku pada kadar usia yang berbeza-beza. Satu contoh yang agak luar biasa dan mengagumkan telah berlaku kepada seorang bayi berusia 19 bulan bernama Carter Whiteside yang berasal dari North Carolina, Amerika Syarikat.

Menurut ibu Carter, LaToya, Carter sudah mula mengenali perkataan dan memahami kata-kata di awal usia 7 bulan.

Carter sudah boleh bertutur perkataan ketika dia berusia hampir setahun. LaToya memutuskan untuk mendokumenkan kemahiran membaca perkataan yang menakjubkan pada usia Carter mencecah 19 bulan. Pada masa ini, Carter sudah mula mengenali abjad dan mengenal pasti huruf apabila ia ditulis sebagai perkataan.

Sehingga kini, Carter sudah boleh membaca dan menyebut 300 perkataan dengan purata sebutan tepat sehingga 50 perkataan. Dalam video yang telah dirakamkan oleh LaToya, dapat dilihat Carter dengan gaya yang bijak dapat menyebut perkatan ‘made’, ‘her’ dan ‘like’

Tonton rakaman video kemahiran membaca si kecil Carter yang bijak dan mengagumkan. Agak luar biasa bukan?

VIDEO:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *