Masalah rumah tangga Sharnaz menjadi perhatian peminat.

Ikatan perkahwinan adalah sesuatu yang suci dan diingini oleh setiap individu di dunia ini. Perkahwinan merupakan sebuah perjalanan yang panjang yang perlu ditempuhi bersama pasangan. Bagi pasangan yang belum berkahwin, memilih pasangan yang sesuai dan mempunyai ciri ciri yang baik adalah penting bagi memastikan kehidupan selepas kahwin itu bahagia dan tiada masalah yang besar sehingga membebankan pasangan dan seterusnya menjerumus kepada keruntuhan rumah tangga.

Nak berkahwin paling utama ialah memilih pasangan yang baik. Pasangan yang baik adalah sangat sangat subjektif. Pemilihan pasangan yang tepat adalah sangat penting agar bahtera perkahwinan akan berkekalan hingga ke akhir hayat dan jannah. Walaupun ada pendapat mengatakan, pilihan keluarga adalah pilihan yang terbaik namun untuk berkahwin dengan pasangan yang dicintai dan disukai juga penting. Ini penting bagi mewujudkan perasaan berkasih sayang dalam sesebuah perkahwinan. Memilih pasangan hidup yang sesuai dan karakter dan boleh menerima antara satu sama lain meningkatkan potensi untuk sesebuah rumah tangga itu untuk berkembang dengan baik.

Berkait dengan isu perkahwinan selalunya terpalit juga dengan kontroversi keretakan dan perselisihan paham antara suami isteri.

Yang hangat diperkatakan ialah isu rumah tangga Sharnaz Ahmad dengan Noor Nabila yang dikatakan sedang ada masalah. Betul ke idok???

Melalui IG Sharnaz dia ada memuat naik satu gambar bersama anak kesayangan Jebat Jayden dengan caption i will be your side till the end boy. Apa maknanya tue? Dan kenapa berdua dengan anak sahaja? Hanya Sharnaz sahaja yang tahu

Manakala Noor Nabila pun ada juga memuat naik satu gambar bersama anak mereka Jebat Jayden yang sedang mengambil nebulizer. Captionnya cepat sihat ye anak mommy sayang… ❤ Anak yang soleh, jadi manusia yang berguna, yang tahu hormat sesama manusia yang berakhlak baik yang berbakti dengan orang tua dan masyarakat insyaallah. Love u anakku sayang. Sungguh mendalam maknanya… samalah hanya Nabila jugak yang tahu maknanya.

Dalam kedua dua caption nie nampak macam ada masalah je. Dikuatkan dengan komen komen netizen yang minta agar mereka membuang ego masing masing.

Ramai cakap Sharnaz ni panas baran dan menyebabkan masalah ni. Pandai pandailah kawal baran tue ye supaya tidak menambah masalah pada perselisihan faham ini. Dikuatkan juga dengan caption nabila nie. You want a partner not a project.

Netizen minta agar mereka berbaik semula demi anak yang mereka kasihi. Anak merekalah sebagai penyatuan ikatan hubungan mereka. Janganlah panjangkan lagi masalah ini. Carilah jalan penyelesaian.

Jika benar mereka ada masalah bertolak ansurlah agar keadaan kembali baik semula.

Rindu nak tengok kemesraan antara mereka berdua semula macam dulu dlulu. Kita doakan agar mereka segera berbaik baik dan menjadi pasangan yang romantis seperti dahulu ye.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *