Masalah parking je pun, dah kuat sangat ker

Parking Bertindih di bandar bandar besar tidak menjadi sesuatu yang janggal. Ini akibat daripada tempat letak kereta yang tidak mencukupi di sesuatu tempat. Parking bertindih ini selalu terjadi di kawasan kawasan perumahan dan juga kawasan perniagaan. Ia mengakibatkan kesesakan jalan raya yang teruk dan juga membuatkan masyarakat bertambah stress.

Perkara ini perlu di tangani segera agar masalah kesesakan dapat diatasi dan memudahkan perjalanan kenderaan di kawasan tersebut. Rentetan daripada masalah parking bertindih ini baru baru ini terdapat perselisihan faham yang mengakibatkan pergaaduhan.

AKIBAT berang diminta untuk mengalihkan kenderaannya, seorang lelaki berlagak seperti samseeng apabila mencekik pemandu kereta berhampiran masjid di Damansara, Petaling Jaya, Selasa lalu.

Dalam kejadian itu, mangsa meletakkan kereta di tempat letak kenderaan di lokasi berkenaan sebelum ia dihalang kereta sebuah kereta.

Minta alih pun jadi hal. Lelaki itu yang meminta orang itu mengalih kereta yang menghalang kenderaannya untuk keluar dari kawasan berkenaan tidak diendahkan.

Pemintaan dia tak dilayan. Yela mana dia nak layan tengah sembang dengan seorang wanita kot.

Dia sekali lagi meminta lelaki tue yang menaiki kereta Honda untuk mengalihkan kenderaannya, namun lelaki itu bertindak menengkingnya.

Dah tengking lepas tue dia memcekkik dan meletakkan lutut di dada pulak. Ingat sampai disitu je tapi lepas tue kena tuumbbuk pulak.

Betul punya samseeng. Ingat boleh lepas ke? Tunggulah lepas nie kena lah kau dengan pak polisi. Jangan suka suka nak pukkul orang kalau tak puas hati bincanglah baik baik. Ni sikit sikit nak guna kekerassan. Apa pun tak boleh.

Ramai yang tak bijak zaman sekarang ni setuju tak? Yela main parking ikut suka je, rase boleh parking dia parking je tak pun fikir hal orang. Memang tak akan selesailah masalah ni sampai bila bila jika tak ada alternatif lain untuk tempat letak kereta tul tak?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *