Malam Tu Aku Tunggu Suami Balik, Nekad Nak Minta Cerai Sampai Tertidur. Bila Terjaga Aku Ternampak Kelibat Suami Dibilik Anak Perempuan, Luluh Hatiku Melihatnya

Perkenalaan Dengan Si Dia

Cerita bermula saat aku terima mesej dari pemuda yang sudah 6 bulan ku kenali. Usianya tua dua tahun dari aku dan bermula kenal dari Instagram bisnes tudungku. Dia tawarkan diri untuk jadi jurugambar professional sebab kerja sebenarnya, arkitek di sebuah syarikat ternama. Hasil dari gambar-gambar cantik yang diambilnya, bisnes tudung makin bertambah maju. Dalam masa 4 bulan, sudah mampu bayar deposit kereta baru.

Awal perkenalan hanya melibatkan bisnes, namun akhirnya hubungan kami jadi rapat. Suamiku langsung tidak mengesyaki apa-apa. Sangkanya cuma rakan perniagaan. Suami sendiri kenal pemuda itu. Malah, dia sendiri yang hantar dan ambilku ke studio untuk photoshoot.

Timbul Perasaan Sayang

Tidak lama selepas itu, pemuda itu meluahkan rasa cintanya padaku. Aku pada mulanya berat untuk menerima kerana berstatus isteri orang. Namun, lama-kelamaan aku mengakui punya rasa yang sama dengannya. Cinta tidak bertepuk sebelah tangan.

Bernikah seawal umur 21. Hayat perkahwinanku dah menginjak tangga lima tahun. Dikurniakan seorang cahaya mata lelaki. Sementara suamiku kerjanya biasa saja. Seorang despatch. Itulah kerjanya sejak awal bernikah sampai sekarang.

Masalah Dengan Suami Bermula

Aku akui sememangnya suamiku seorang yang baik tapi, selalu kami tetap bergaduh. Puncanya sebab dia terlalu sibuk hingga tiada masa untuk anak dan keluarga. Balik lewat petang, dah sangat penat. Nak buat overtime lagi. Dia cakap nak cari duit lebih, nak beli rumah.

Kadang-kadang apabila dia balik rumah, aku sudah pun tertidur. Aku pula cuma suri rumah yang ada bisnes tudung di internet. Akhir-akhir ni, pendapatanku lebih lumayan berbanding suami. Pernah sekali kami bergaduh besar sebab dia sangka aku nak menunjuk-nunjuk aku lagi lebih darinya.

Buah Hati Sentiasa Muncul

Setiap kali stress aku adukan masalah pada pemuda si jantung hati. Dia sangat memahami malah, mampu menenangkan aku hingga aku rasa damai di sampingnya. Malam ni aku tekad, aku nak bercerai. Aku tunggu dia balik kerja. Lambat sangat sampai aku tertidur. Bila bangun, dia tak ada di sebelah. Aku tengok motornya dah ada kat luar.

Kemudian aku melangkah ke bilik anak. Nampak pintu sedikit terbuka. Masa tu aku nampak kelibat suamiku di dalam lalu aku mematikan langkah sekadar di luar pintu. Aku menunggu dia keluar dulu dari bilik anak sebab tak mahu anak terdengar nanti. Telingaku terdengar anak dan ayah sedang berbual.

Boleh saya tahu, kenapa papa asyik cerita pasal Nabi Muhammad saja? Si ayah tersenyum menjawab, Sebab papa nak anak papa ni tiru Nabi. Tak ada cerita yang terbaik selain cerita Nabi. Buku cerita lain hanya berkisar tentang fantasi, fairytales. Sedangkan tu semua tak wujud. Khayalan. Namun, Nabi kita wujud di realiti. Malah, menanti umatnya di akhirat kelak.

Sebenarnya hero kamu bukan papa, bukan watak-watak komik cerita fantasi. Hero kamu adalah Nabi Muhammad. Papa tak tahu banyak, jadi papa bacakan saja dari buku Biografi Nabi Muhammad ni. Dulu, papa belajar setakat STPM saja. Papa tak pandai,  orang miskin pula tu.

Jadi papa nak kamu jadi dewasa untuk jadi seperti Rasulullah. Berjaya di dunia dan akhirat. Andai suatu hari kamu tak berjaya di dunia sekalipun, kamu miskin sekalipun. Harapnya kamu tak miskin agama. Pegang kuat apa yang papa cakap ni, ya?

Lalu si anak mengangguk. Senyum. Dah, tidur ya? Baca doa tidur sama-sama. Allahumma Bismika Ahya Wa Amut. Si ayah bangun dan nak keluar bilik. Tiba-tiba tangan si ayah digapai si anak. Menangguh langkahnya.

Papa sayang saya tak?
Ayahnya tersenyum.
Ya sayang sangat.

Sayang mama tak?
Ayahnya tersenyum lagi.
Mesti lah sayang. Lebih dari kamu tahu.

Saat papa tiada apa-apa dalam hidup, mamamu itu sanggup terima papa jadi suaminya. Baik kan hati mama?
Sayang papa pada mama, sampai menutup mata. Sampai akhirat sana.
Anaknya tersenyum lebar sampai terlelap.

Suamiku melangkah keluar bilik.Langkahnya terhenti.

Sementara aku menanti di luar bilik. Basah sudah pipi ini dengan air mata, mengalir tanpa henti. Sungguh hati ini terusik sangat dalam. Aku tak tahu pun suamiku itu setiap malam berada di sisi anak bercerita tentang Rasulullah s.a.w.. Selama ini, ku sangka suami itu langsung tidak peduli.

Ya Allah, aku khilaf! Ku capai tangan suami. Ku salami tangan kasar itu.

Kamu ok ke?
Suamiku kaget seketika.
Maaf kan saya, abang. Maafkan saya. Selama ini, saya curang dengan abang. Saya isteri derhaka, maafkan saya. Ampun kan saya abang.

Suamiku mengusap ubun-ubun kepalaku.
Sebenarnya dah lama tahu Abang maafkan..
Suamiku lalu tersenyum. Tapi, ternyata ada hambar di wajahnya.

Kamu cinta lelaki cameraman tu? Kalau cinta dia dan dah tak cinta abang, abang rela korbankan kebahagiaan abang demi melihat kamu bahagia.

Tidak abang, tak nak tak nak..Saya nak abang seorang jeNak ke Syurga dengan abangbawa anak kita sama..
Lantas suamiku itu tersenyum. Kali ini riaknya ikhlas riang. Tumpah air mata lelakinya di hadapanku.

Hargai abang..Jangan ulang lagi boleh?
Pendek saja tuturnya dalam sebak bicara sama.

Tiba-tiba mesej Whatsapp masuk. DP pemuda kacak. Si cameraman merangkap arkitek.
Dia bertanya, macam mana? Dah selesai?
Lalu aku membalas ringkas mesej itu.
Saya minta maaf. Saya putuskan untuk memilih setia. Kita selesai di sini. Lepas ni, suami saya sendiri yang akan jadi cameraman.

Tak lama lepas itu, mesej masuk lagi.
Kenapa, bukankah kita sama-sama menyintai! Dah janji sehidup semati!
Aku terus tekan uninstall Whatsapp. Buang sim. Patahkan.
Depan suami.

Jauh di sudut hati, enggan lagi melukai. Insan yang lama setia di sisi. Kerana indahnya mahligai harapan yang belum jadi kenyataan, setia sanggup ku korbankan.. ( Adaptasi Dari Kisah Benar)

Video di dalam artikel sekadar hiasan

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Lubok Viral

Sumber: http://awakcute.net

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *