Luahan Razrul Tunang Intan Najuwa Mengenai Foto Yang Tersebar

Hari Khamis yang lalu, tular di media sosial dengan satu foto mandi laut Intan dan Zul Ariffin telah menjadi topik hangat dimedia sosial dan sehingga ada yang beranggapan ia salah satu gimik bagi meraih rating drama lakonan mereka. Walaubagaimanapun, pengarah terkenal Osman Ali telah menafikan babak mesra itu ianya berkaitan dengan adegan di dalam drama berkenaan.

Osman memberitahu bahawa gambar-gambar itu adalah bukan daripada ‘footage’ adegan bulan madu membabitkan watak Adriz dan Sarra.

“ Saya terkilan kenapa ada pihak yang sengaja nak sebar dan tularkan gambar berkenaan. Saya kalau boleh tidak mahu ada elemen sebegitu dalam drama”

” Razrul enggan beri sebarang komen, elak keadaan tambah keruh”

“ Bagaimanapun, saya telah dapatkan kepastian daripada semua pihak yang terbabit di lokasi pergambaran dan jelas tiada langsung penggambaran terbabit dalam adegan drama Setelah Ku Dimiliki” jelasnya.

Namun usaha untuk mendapatkan kenyataan dari Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abdul Wahid 22, mengenai foto foto tersebut masih tidak berjaya lagi.

Laporan di mStar pada 15 Oktober yang lalu, Intan ada memberitahu dia tidak berniat untuk menimbulkan sebarang kontroversi selepas foto mesra bersama pelakon Zul Ariffin menerima kecaman dari warganet.

Kini dilihat, kontroversi foto mandi laut pelakon Intan Najuwa bersama pasangan gandingannya Zul Ariffin telah  mencetuskan pelbagai reaksi warganet di laman sosial. Rata-rata pengguna laman sosial beranggapan bahawa aksi pelakon utama drama Setelah Ku Dimiliki itu agak keterlaluan terutamanya Intan Najuwa adalah merupakan tunangan orang.

Walaubagaimanapun, tunang kepada pelakon Intan Najuwa itu, Razrul Anwar Rusli 38, yang sempat dihubungi oleh mStar telah berpendapat bahawa sesiapapun berhak menyatakan pandangan mereka terhadap isu berkenaan.

“ About the photos ? Sorry…saya tiada apa nak komen..”

“ This is free country. People can talk what they want. Saya tak nak tambah-tambah komen. Nanti lagi macam-macam,” jelasnya kepada Mstar.

Intan Najuwa dan Razrul telah bertunang dalam sebuah majlis di lansungkan  Johor Bahru pada 18 Ogos lalu bersempena hari jadi pelakon itu yang ke-22. Dlm pada itu, Razrul menerusi laporan mStar pada 18 Oktober lalu, berkata, dia dalam pr0ses membimbing pelakon itu demi kebaikan masa depan mereka selepas bergelar suami isteri. Bagaimanapun, tanggungjawab itu dilakukan tanpa sebarang paksaan oleh kerana memahami kerjaya wanita itu.

Pelakon kecil molek ini telah mula dikenali menerusi drama Kekasih Paksa Rela itu pernah memberitahu bahawa dia masih tahu menjaga batasan dan mempunyai limit tertentu dengan pelakon-pelakon lelaki bila di gandingakan dengan nya.

Moga Intan Najuwa akan lebih berhati-hati melakukan adegan-adegan yang boleh menimbulkan fitnah di masa hadapan.

Sumber: Monyethijau

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*