Luahan Gadis Menjadi Isteri Usia 11 Tahun Dan Ini Jawapan Keluarga Ayu Yang Pasti Mengejutkan Ramai

“SEJAK berkahwin hampir dua minggu lalu, kami tidak pernah tidur bersama kerana Abe (suami) berjanji kami hanya akan tinggal bersama, lima tahun lagi.

“Walaupun ramai yang marahkan saya, namun saya tidak mahu bercerai selagi Abe mahukan saya dan saya sendiri sayangkannya,” luah kanak-kanak 11 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Ayu.

Kanak-kanak terbabit dipercayai berkahwin dengan lelaki berusia 41 tahun, pada 18 Jun lalu.

Perkahwinan kanak-kanak yang juga warga Thailand itu mengejutkan ramai apabila berkahwin dalam usia muda dan gambar perkahwinan mereka yang berlangsung di negara jiran itu tular sejak malam tadi, selepas dimuat naik oleh isteri kedua lelaki itu, Siti Nor Azila Zulkifle, 34.

Ayu berkata, dia berkahwin dengan suaminya pada Aidilfitri keempat dan dia dibawa oleh kedua ibu bapanya ke Selatan Thailand untuk berkahwin.

“Sebelum Aidilfitri, mak ayah bertanyakan saya hajat Abe mahu berkahwin dengan saya. Saya terima kerana saya sendiri sudah sayangkannya.

“Saya tahu saya masih muda dan tidak bersekolah, lagipun saya sudah lama kenal dengan Abe, anak Abe juga rakan saya di kampung.

“Saya sayangkan Abe kerana Abe seorang yang baik,” katanya ketika ditemui di kediamannya, di Gua Musang, hari ini.

Sementara itu, bapanya, Mat Rashid Rimadsa, 49, berkata sudah 20 tahun mereka tinggal di Gua Musang dan bekerja sebagai penoreh getah.

Katanya, hasil getah yang diperoleh ada kalanya dijual kepada lelaki itu yang kini menjadi menantunya.

“Seminggu sebelum raya, menantu saya datang menyampaikan hajat untuk berkahwin dengan anak bongsu saya dan sekiranya saya bersetuju, majlis pernikahan akan dibuat di Thailand pada hari raya keempat.

“Pada mulanya saya memang terkejut kerana anak masih muda, namun menantu saya memaklumkan dia kasihan kepada kami sekeluarga yang hidup susah dan berjanji akan memberi kehidupan lebih selesa selepas berkahwin dengan Ayu.

“Malah, menantu juga memaklumkan dia hanya akan menjalani kehidupan suami isteri, mendaftarkan perkahwinan dan mengambil anak saya tinggal bersama lima tahun lagi, menyebabkan saya terima lamaran itu,” katanya.

Mat Rashid berkata, perkahwinan anaknya kini menjadi bualan mulut orang ramai, namun anaknya tidak tertekan mahupun sedih, malah, masih mampu keluar rumah.

“Apa yang berlaku selepas ini saya serahkan kepada menantu saya untuk menguruskannya. Saya sudah lama kenal dengan menantu kerana sebelum ini kami sekeluarga menyewa di sebelah rumah isteri pertamanya.

“Anak saya juga berkawan baik dengan anak menantu dengan isteri pertama. Sebelum ini, ketika menantu saya bercuti ke mana-mana, mereka juga akan membawa anak saya bersama.

“Jadi, soal bercerai atau perkahwinan tidak diterima madu anak saya, biarlah menantu saya yang uruskan kerana kami orang miskin,” katanya.

SUMBER : HMETRO ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *