Lihat bagaimana gadiss comel ini berjaya turun beratnya

Cuba tanya pada semua orang.. sape tak nak kurus oiii. Tapi bukan mudah bukan untuk mendapatkan berat dan potongan badan yang langsing.

Tambahan pula ada sesetengah golongan yang hanya makan dalam kuantiti yang sedikit namun badan naik bagai dipam-pam.

Kurus dan langsing, besar harapan maka besarlah pengorbanan yang terpaksa dihadapi. Kurus dengan cara semulajadi merupakan satu proses penurunan berat badan yang sangat bagus.

Benar, bukan mudah untuk kurus, tambahan pula Malaysia adalah satu negara syurga makanan. Sebut sahaja makanan tempatan, berderet perlu dicuba.

Selain itu, mkanan korea berpuluh kedai yang masih tidak sempat kita cuba, makanan india yang tidak asing lagi di negara ini.

Jika anda mahu kurus, makanlah dengan kuantiti yang sdikit, seperti slogan suku-suku separuh. Yang separuh itu sayur bukan nasi, anda jangan salah faham pula.

Senaman juga mrupakan elemen penting dalam mbantu perjalanan proses penurunan berat badan anda. Ini kerana bersenam mampu menaikkn kadar metabolisme dalam badan kita.

Satu perkongsian dilaman sosial yang telah tular apabila seorang saudara ini telah berjaya menurunkan berat badan tanpa meninggalkan nasi.

Seorang gadis bernama Ameera Ramly telah berkongsi cara menurunkan berat badan sehingga langsing dan tidak perlu tinggalkan nasi yang telah mendapat ribuan retweets dan hampir 10 000 tanda suka di media sosial.

Mari lihat bagaimana gadis ini berjaya.

Menurut Ameera, perjalanan penurunan berat badannya bermula pada November tahun lalu. Selain berdiet, dia juga turut melakukan senaman.

Ujarnya lagi, dia tidak mengikut diet tertentu yang popular seperti diet atkins, IF dan sebagainya. Dia hanya berdiet mengikut caranya sahaja.

Gadis 26 tahun ni berkongsi rahsia dietnya. Menurutnya, dia hanya makan dalam kuantiti yang banyak pada sebelah pagi.

Untuk sarapan dia akan mengambil nasi dan lauk seperti biasa. Namun, untuk makan tengahari, dia hanya akan makan buah-buahan dan tidak mengambil apa-apa untuk makan malam.

Ujarnya lagi, dia akan mengambil 2 senduk nasi, lauk ayam dan sedikit kuah untuk sarapan.

Katanya, jika kita tidak bersarapan kita lebih cenderung untuk mengambil lebih banyak makanan pada tengahari

Saya mula lakukan diet dan senaman ini pada Nov tahun lalu. Pada awalnya berat saya hanya 83kg dan terkini berat saya turun sebanyak 69kg,”

Untuk waktu tengahari, dia akan mengambil buah potong dan tidak meletakkan sebarang perisa asam atau kicap.

Untuk makan malam, permulaan memang agak sukar untuk anda tidak mengambil sebarang makanan. Jadi anda bolehlah mengambil biskut atau roti high fiber.

Untuk Senaman, Saya Akan Buat Kardio

Untuk Kardio pula anda juga boleh mencari sebarang aktiviti yang anda gemar sebagai rutin harian anda.

Dia mula melakukan senaman seperti berlari/jogging selama 30 minit atau berbasikal selama 30 minit sahaja.

Ini merupakan antara tips lain yang dikongsikan olehnya adalah seperti berikut:

Untuk permulaan anda memulakan senaman, untuk orang yang berat lebih baik buat cycling dulu.

Kemudian baru boleh buat joging secara perlahan. Jangan terlalu paksa diri masa buat kardio. Buat ikut kemampuan, tapi kena sentiasa konsisten.

Anda perlu displinkan diri dengan jangan mengambil sebarang makanan ringan, makanan segera dan makanan yang manis-manis.

Benar, bukan senang mahu menurunkan berat badan. Namun anda pasti merasa berbaloi jika anda berjaya menurunkan berat badan anda.

Selain anda senang dan mudah untuk bergerak, anda juga bebas memilih pelbagai jenis pakaian jika anda kurus.

Mana gadis yang mahu menurunkan berat badan anda, bolehlah cuba diet yang diamalkan ini dan semoga anda bergaya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @lubokviral untuk dapatkan lebih banyak cerita menarik dari kami.

Sumber Yoy

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*