Lelaki ini tampil sekolahkan sekumpulan lelaki lain yang sedang merokok

Selamat Tahun Baru 2019.

Umum mengetahui bahawa beberapa kawasan telah pun diwartakan sebagai kawasan larangan merokok. Antaranya kawasan pejabat kerajaan, rumah ibadah, kawasan Rehat dan Rawat (RNR) lebuhraya, stesen pengangkutan awam dan lapangan terbang.

Mulai 1 Januari 2019, kerajaan telah menguatkuasakan larangan yang sama ke atas restoran dan premis makanan terbuka. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membuat peraturan bahawa perokok hanya dibenarkan untun merokok apabila jaraknya 3 meter atau lebih kurang 10 kaki daripada restoran atau kedai makan.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kawasan larangan meningkat kepada 23 kawasan.

Jom kita usha kawasan mana yang terlibat. Mudah untuk korang merokok nanti.

1. Pusat hiburan atau teater kecuali kelab hiburan, kelab malam atau kasino.

2. Hospital atau klinik.

3. Lif atau tandas awam. (Yang ni port kegemaran ramai. Hahaha.)

4. Tempat makan atau kedai berhawa dingin.

5. Kenderaan awam atau hentian pengangkutan awam.

6. Mana mana bangunan tang dinyatakan oleh menteri melalui pewartaan dalam peraturan 22.

7. Lapangan terbang.

8. Premis kerajaan.

9. Kawasan aktiviti perhimpunan dalam bangunan kecuali kediaman dan bangunan persendirian.

10. Institusi pendidikan atau institusi pendidikan tinggi.

11. Taman asuhan kanak kanak.

12. Bas sekolah.

13. Mana mana tingkat yang mempunyai kaunter perkhidmatan di dalam bangunan.

14. Kompleks membeli belah.

15. Stesyen minyak.

16. Stadium, kompleks sukan, pusat kecergasan atau gimnasium.

17. Bangunan atau tempat awam untuk tujuan keagamaan.

18. Perpustakaan.

19. Kafe internet.

20. Tempat latihan khidmat negara.

21. Tempat kerja berhawa dingin dengan suatu sistem hawa dingin berpusat.

22. Bangunan Parlimen.

23. Restoran atau kedai makan terbuka.

Fuh, banyak betul kan.

Hati hati ye korang semua. Jika disabitkan denhan kesalahan pelaku boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau pen jara tidak melebihi dua tahun. Tak pasal pasal melayang duit kan.

Pelbagai reaksi yang diterima daripada rakyat berkenaan penguatkuasaan larangan ni. Yang marah, yang kelakar, yang sini, semua ada. Korang tengok sendiri la status atau komen netizen kat bawah ni.

Lebih mencemaskan admin adalah rakaman seorang lelaki ini yang dengan nada marahnya slumber je sound tindakan sekumpulan lelaki yang sedang menghisap rokok secara berjemaah.

Berani betul brader ni tegur sekumpulan perokok. Terbaik la.

Posted by Lubokviral.com on Wednesday, 2 January 2019

Bukan setakat cemas. Sakit hati pun ada kan.

Hihi, macam macam rakyat Malaysia ni. Tak pernah tak kelakar. Begitulah kisah di sekitar awal tahun 2019. Bukan setakat anak anak kecil je cemas nak ke sekolah, perokok perokok pun tak senang duduk dibuatnya.

Nasib baik admin dah 13 tahun berenti hisap rokok setelah 13 tahun merokok. Syabas kepada diri sendiri. Hahaha.

Kalau korang nak tau tips admin berhenti merokok, boleh komen di bawah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *