Lelaki ini menerima kec4man selepas menegur video aksi Pramugari dan Ultras Malaya

Pasukan bola sepak negara, Harimau Malaya dijadualkan untuk menentang pasukan bola sepak Vietnam dalam perlawanan timbal balik final Piala AFF Suzuki 2018 pada 15 Disember 2018.

Aksi perlawanan pertama di Stadium Bukit Jalil pada 12 Disember 2018 mencatatkan keputusan seri 2-2 yang mana pastinya menjanjikan kelebihan buat pasukan tuan rumah kali ini, Vietnam yang membawa pulang 2 gol di tempat lawan.

Dalam persiapan Harimau Malaya menentang Vietnam di Hanoi, tidak dilupakan juga ekor harimau kita, Ultras Malaya yang turut berkunjung ke sana bagi memberikan sokongan padu dan semangat kepada pasukan bola sepak negara.

Penerbangan mereka ke sana merupakan satu pengorbanan kepada negara dan diharapkan dapat menyuntik semangat pemain pemain pasukan bola sepak negara dalam memburu kejuaraan.

Namun begitu, di dalam waktu tumpuan sepatutnya diberikan kepada perlawanan penting pada malam ini, terdapat satu video tular yang membabitkan Ultras Malaya dan pramugari sebuah syarikat penerbangan negara yang menjadi bualan hangat di media sosial.

Sorakan Harimau Malaya Di Atas Kapal Terbang

Terbaik bosku chant di atas awan awangan .. Semoga baik-baik belaka bosku .cc : Sukan Sinar #ekorharimausejati#harimaumalaya

Posted by Bola Malaysia on Friday, December 14, 2018

Seorang daripada Ultras Malaya telah dipohon oleh krew pesawat penerbangan untuk memimpin “chant” sorakan keramat Harimau Malaya di dalam pesawat.

Namun begitu, aksi sorakan yang bergema pada ketinggian 35,000 kaki itu juga turut bergema di media sosial apabila tindakan seorang pramugari memegang tangan cheer leader mendapat pelbagai maklumbalas di internet.


Antara yang paling menarik adalah komen seorang lelaki ini yang menegur perbuatan pramugari tersebut.

Komen beliau telah mencetuskan pelbagai reaksi netizen. Ada yang menyokong dan tak kurang juga yang menyindir tindakan beliau. Korang boleh baca komen berikut:

Macam macam hal la. Sampai suruh minum susu bagi kembang otak pun ada.


Admin dah kongsikan cerita ni, apa pula komen korang?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *