Layan Dulu Isteri Macam Ratu, Barulah Kita Layak Dilayan Macam Raja

Kalau betul nak rasa bahagia, lelaki kena layan isteri macam ratu. Jadi pendengar yang baik, tolong uruskan rumah tangga, selesaikan masalah anak-anak dan mungkin sesekali boleh masak.
Tetapi kalau ada skill salah satu itu pun, kaum isteri dah rasa cukup bertuah dan hargai. Nak lagi dekat dan faham jiwa mak-mak, jemput baca perkongsian saudara Mohd Fhais.

Perasan tak kita selalu nak semua nampak sempurna, nak rumah kemas, nampak cantik, nak anak-anak berkelakuan baik dan isteri yang pandai ambil hati kita.
Tapi bila yang “sempurna” ini tak menjadi kita mudah melenting, mudah rasa kecewa..
Kita mula mempertikaikan segala-galanya..
Masa ini kita rasa seolah-olah takdir menentang kita. Rasa seperti isteri tak ambil berat pasal kita. Rasa seperti anak tak menghargai penat lelah kita mencari rezeki.
Kita mula mempersoalkan.

“Aku kerja siang malam mencari rezeki untuk keluarga, tak nak mereka hidup susah.”
Tapi anak degil, tak dengar cakap seolah-olah macam tak menghargai penat lelah kita bekerja selama ini.
“Aku kerja keluar pagi balik petang, penat tu Allah sahaja yang tahu, balik rumah nak berehat, nak isteri layan kita macam raja.”
Tapi sampai rumah macam kapal pecah, baju kotor bertimbun, sesak mata melihat. Jadi bertambah penat, bertambah stress.
Isteri sibuk dengan kerjanya, suami balik kerja pun tak di sambut langsung.

Hmmm…

Sebagai lelaki, sebagai ketua keluarga kita kena banyak redha daripada mengeluh. Terima seadanya.
Itu semua ujian untuk kita..
Ujian untuk kita perbaiki diri..
Ujian untuk kita bermuhasabah..
Sesungguhnya apa yang kita terima hari ini adalah apa yang kita perlukan..
Kadang kala yang kita mahu sebenarnya boleh membuatkan kita lebih lalai, lebih leka dan lebih penting diri..

Balik kepada hukum alam..

Kita mahu sesuatu, kita kena memberi sesuatu dahulu..
Kita nak makan nasi, kita kena tanam padi dahulu..

Kita nak makan ayam, kita kena ternak ayam tu dahulu..
Sama juga dengan manusia.
Berbudi pada orang dulu sebelum kita minta budi dari mereka.

Nak rumah sentiasa nampak kemas, nampak cantik..
Sediakan alat untuk mudahkan mengemas, ajar anak jangan buat sepah, kita jangan suka-suka letak barang merata-rata.

Nak baju sentiasa berbasuh dan berlipat..
Bantulah permudahkan urusan membasuh, terbalikkan baju siap-siap untuk di basuh, sediakan mesin basuh dan pengering, letak baju kotor dalam bakul.

Nak di layan macam raja di rumah..
Layan dulu isteri macam ratu barulah kita layak di layan macam raja.

Kita sering mempertikaikan apa yang kita dah terima tapi jarang sekali kita mempertikaikan apa yang kita belum beri.
Tugas isteri bukan untuk memuaskan hati suami sahaja tapi sebaliknya suami yang kena memuaskan hati anak isteri.
Kerana anak isteri adalah penanda aras kita sebagai suami/ayah.
Mereka adalah pembaris kita..
Mereka adalah hakim kita..
Mereka adalah juruaudit kita..

Nak lihat sama ada kita lulus cemerlang atau gagal menjadi lelaki yang bertanggungjawab lihat pada muka mereka.
Jika muka isteri kita kusam, kering dan tak berseri maknanya kita gagal sebagai suami.
Jika muka anak ketat, tak senyum, tak ceria maknanya kita gagal sebagai seorang ayah.
Jika muka kita sendiri penuh rasa tak puas hati, penuh rasa marah maknanya kita gagal sebagai seorang lelaki.

Mohd Fhais.

Keluarga sunnah 😣Bila dah bertahun nikah..Kita malas layan, malas nak call, whatsap, video call untuk berusaha menjadikan hubungan suami isteri itu lebih indah.Akhirnya suami dan isteri kita di temani oleh mereka yang lebih memahami dan mengerti.Sikap malas yang membina dosa dan tanpa sedar ia membunuh hati dan jiwa dua manusia yang dulunya mahu bersama ke syurga. Kini tidak lagi. Yang ada cuma makan minum dan membuat hubungan kelamin sahaja.Selepas itu, masing-masing mencari keseronokan di daerah luar dari hidup mereka.Seronok di tempat kerja,Seronok di alam maya,Seronok dgn kawan2, Seronok berscandal sana sini.Sampai kita tak sedar pasangan kita tak bahagia.Ini lah yg sy katakan derita di dalam rumahtangga.Hari-hari sakit hati memikirkan kelakuan pasangan yang takde kesudahan.Tak mudah menjadi suami dan isteri di akhir zaman ini. Kita kehilangan Allah hari-hari. Kita hilang senyum antara suami dan isteri.Belum terlambat untuk suami isteri itu kembali kepada fitrah mereka,Iaitu BAHAGIA DAN SEJAHTERA.Hargailah orang yang masih bersama kita.Betapa bernilainya harga sekeping hati itu..Perkahwinan ni bukan hanya berkongsi perkara baik sahaja. Perkara buruk pun kita kena kongsi dan perbaiki. Jadi suami kena ada sifat boleh membimbing. Isteri yg buat dosa didepan atau dibelakang suami. Bila suami tahu, nasihat dan bimbing. Biarlah nasihat tu beratus kali pun. Itu kan isteri kita. Kena ingat Isteri kita ada kurangnya. Kurang akal, kurang solat, kurang puasa. Orang lelaki Allah bagi kelebihan boleh solat tiap hari, takde cuti macam orang perempuan. Puasa pun sentiasa full. Begitu juga suami, bila buat silap izinkanlah isteri nasihat. Dulu masa sebelum nikah, angan2 nk masuk syurga sama2 tapi lepas nikah impian syurga entah kemana. Isteri nasihat suami melenting. Isteri nasihat suami kata membebel. Dalam rumahtangga ni memang semuanya salah isteri ke? Takde satu pun salah suami ke? Sebelum tidur apakata kita tenung dulu. Kita nak layanan high class dari seorang isteri. Tapi layanan yg diberi kepada isteri taraf bibik. Jangan dibiarkan begitu. Lama kelamaan hati mereka akan mati. Apa kata sama2 beri layanan seperti raja dan permaisuri. Isteri sebenarnya tak kisah buat kerja rumah. Tak kisah kena berkhidmat utk suami tercinta. Tak kisah mengandung 9 bulan. Tak kisah menyusukan anak hingga 2 tahun. Tapi isteri jadi kisah bila pengorbanan dan keletihan dia tak dihargai. Isteri berdoa utk suami supaya selamat ke tempat kerja tapi suami main perempuan lain di tempat kerja. Isteri berdoa suami dimurahkan rezeki tapi suami habiskan duit belanja perempuan lain. Sy nak tanya berapa nilai hati seorang isteri sedangkan Allah mencipta wanita dengan martabat yg sangat istimewa. Percayalah ramai yg kematian pasangan mereka akan rasa menyesal. Menyesal sebab tak menghargai..Menyesal sebab tak buat banyak pahala dengan pasangan. Menyesal tak cipta banyak kenangan manis. Selalu pesan pd diri, aku tak mahu masuk syurga sorang2.. kalau boleh nak bawa keluarga sekali.. :-DNafkah batin. Bila sebut pasal batin ni ramai yg faham ianya hubungan kelamin jer. Sebenarnya termasuk dalam nafaqah batin ialah memberi kasih sayang kepada isteri samaada perbuatan atau percakapan. Menjaga perasaan isteri dari sesuatu yg tak disukainya. Mengembirakan hati isteri dgn sesuatu yang digemarinya. Menjaga isteri ketika sakit. Tidak menyakiti isteri sehingga menyebabkan isteri mengalami tekanan emosi. Menjaga maruah isteri serta aibnya. Melayan isteri dalam perkara yang sesuai dan munasabah mengikut syarak. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik." – surah al-Nisa' ayat 19.Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang paling baik antara kamu semua adalah orang yang paling baik terhadap isterinya dan aku adalah orang yang terbaik antara kamu semua (dalam membuat kebaikan) terhadap isteriku." – hadis riwayat al-Tirmizi.Rasulullah SAW bersabda lagi yang bermaksud: “Orang yang paling sempurna imannya adalah yang terbaik akhlaknya antara mereka dan yang paling baik adalah yang paling baik akhlaknya terhadap isteri-isterinya." – hadis riwayat al-Tirmizi.Demikian jelas menunjukkan kewajipan suami dalam memberi layanan yg baik kepada isteri. Janganlah menyakiti hati isteri di siang hari kemudian mengambil nikmat atas tubuh badannya di malam hari. Isteri dilahirkan dr tulang rusuk yg paling bengkok, jika terlalu keras akan patah, jika dibiarkan akan bertambah bengkok. Gunalah cara terbaik dalam menasihati salah laku isteri. Islam menganjurkan cara menangani isteri yg nusyuz. Menasihatinya, mengasingkan tempat tidur dan memukul dengan batasan tertentu sebagai pengajaran. Bukan dengan cara memaki hamun, membuka aibnya, menyakiti hatinya, memperlekeh atau memukul tujuan mencederakannya.

Posted by Puteri Ariana Nadia Ariana on Friday, 12 January 2018

Memberi dahulu, baru dapat merasa..
Permudahkan urusan anak isteri, baru urusan kita di permudahkan..
Beri contoh yang baik depan anak, baru anak sentiasa baik pada kita..
Pandai ambil hati isteri, baru isteri pandai ambil hati kita..
Cermin diri dahulu, sebelum kita mencermin orang lain.

sumber: videoviral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *