Langgar Je Palang Tol Tu Tuan-Tuan, Kalau Kena Tangkap Jangan Cari Saya. Ahmad Maslan Buat Netizen Geli Hati

”Langgar Je Palang Tol Tu Tuan-Tuan”, itu lah saranan Ahmad Maslan yang buat Netizen Geli Hati

Ahmad Maslan kembali lagi, kali ini dengan saranan yang cukup membuatkan rakyat Malaysia geli hati.

Menerusi satu portal berita, anggota Parlimen Pontian tersebut telah menyarankan para pengundi di Pilihan Raya Kecil (PRK) Balakong yang tidak berpuas hati dengan kegagalan Pakatan Harapan menghapuskan tol bertindak dengan tidak membayar caj tol yang dikenakan kepada mereka.

Mungkin ramai yang tertanya bagaimana melepasi palang tol jika tidak membayarnya? Ini saranan beliau.

“ Nak hapuskan tol, adakah mereka (Pakatan Harapan) hapuskan tol? Ada ke?

“ Saya harap ada yang antara kita ni yang berani melangar palang-palang tol yang berada di mana mana. Langgar je tuan-tuan dan puan-puan palang-palang tol.

“ Kalau kena tangkap jangan cari saya. Tuan-tuan jawab sendiri,” kata Ahmad kepada kira-kira 50 pengundi Melayu di ceramah MCA di Desa Baiduri Awam, Balakong malam tadi, berdasarkan sumber.

Tambah Ahmad Maslan lagi, ada antara rakannya yang turut berbuat demikian kerana tidak mahu membayar tol.

“ Macam mana cara nak langgar tol, tuan-tuan fikirlah sendiri. Tetapi kalau ada apa-apa hal, ditangkap dan sebagainya, (akan) di bawa ke makahmah dan sebagainya,” kata beliau.

Pada masa sama, Ahmad dalam ucapannya itu juga menyentuh mengenai video pemimpin DAP, Tony Pua sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 yang berjanji Pakatan Harapan akan memansuhkan tol sekiranya menjadi kerajaan.

“ Saya bertanya di Dewan Rakyat kepada Menteri Kerja Raya yang baru, Baru Bian, bila hendak hapuskan tol ini.

“ Dia beritahu kalau nak hapus tol, kena belanja RM400 bilion. Mana ada duit RM400 bilion. Kenapa kamu janji menghapuskan tol hari itu (sebelum PRU)?

“ Kencing dan hancing satu Malaya tuan-tuan dan puan-puan,” ujarnya.

Menurut sumber, sebelum ini Calon MCA bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Balakong, Tan Chee Teong telah mengingatkan penduduk tentang tujuh tol yang berada di sekeliling mereka.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Lubok Viral

Sumber: siakapkeli

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *