Lagi Pesaawat Berdepan Detik Cemaas, Tindakan Pantas Pemuda Ini Akhirnya Menyelamatkan Semua Penumpang

PENUMPANG di dalam sebuah pesawat berdepan detik cemas apabila penutup ejin pesaawat yang mereka naiki tercabut semasa berlepas.

Pesaawat Frontier Airlines yang membawa 166 penumpang dan anak kapal dalam perjalanan ke Tampa, Florida pagi Sabtu ketika insiden itu berlaku.

Salah seorang penumpang, Jazmin Pedraza berjaya merakam detik cemaas itu.

“Ketika pesawat bersedia untuk berlepas, beberapa serpihan penutup enjin berterbangan dan enjin terbakar sedikit.

“Salah seorang lelaki berteriak dan disusuli teriakan orang ramai untuk mendapatkan bantuan. Mereka turut menekan butang kecemasaan meminta agar pesawaat itu dihentikan.

“Sebaik sahaja teriakan kami mendapat perhatian seorang anak kapal, dia datang dan menjenguk ke luar tingkap untuk melihat apa yang berlaku.

“Kemudian pramugari memaklumkan perkara itu kepada juruterbang dan menenangkan semua penumpang,” katanya.

Pedraza berkata semua penumpang mula membuat panggilan telefon kepada keluarga masing-masing.

“Kedengaran suara tangisan penumpang. Kami semua panik apabila juruterbang memaklumkan pesawat akan melakukan pendaratan kecemasan.

“Kami berada di udara selama 10 hingga 15 minit sebelum pesawaat berjaya mendarat,” katanya.

Tiada kecederaan dilaporkan dan pesawaat itu mendarat di Las Vegas pada pukul 7.26 pagi Sabtu (waktu tempatan), kira-kira 15 minit selepas berlepas.

Jurucakap Lapangan Terbang Antrabangsa McCarran, Christine Crews berkata kakitangan kecemasan menjumpai serpihan penutup enjin di atas landasan.

Penumpang pesawaat tersebut turut diberi pilihan sama ada mendapatkan bayaran balik wang pembelian tiket atau menjadualkan semula penerbangan mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *