Lagi kesilapan dikesan dalam drama Leftenan Zana

Leftenan Zana merupakan sebuah drama televisyen bersiri ketenteraan Malaysia arahan pengarah terkenal Azman Hj. Yahya dan merupakan terbitan JS Pictures Sdn Bhd. Drama ini mula disiarkan pada 8 Februari 2019 di Slot Lestary TV3 pada jam 9.00 malam.

Drama yang mendapat tempat di hati peminat ini dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti Janna Nick, Sheila Rusly, Hairie Othman dan beberapa muka baru dalam bidang seni lakonan tanah air.

Berkonsepkan ketenteraan, drama ini mengisahkan tentang impian seorang gadis iaitu Zana yang bercita-cita mahu menjadi anggota tentera tetapi cita-citanya itu tidak direstui oleh bapanya. Zana merupakan anak perempuan bongsu kepada Mejar (B) Rahmat lakonan Hairie Othman.

Sejak kecil lagi, hubungan Zana sangat rapat dan manja dengan bapanya sehinggakan dia ingin menjadi seorang askar seperti beliau. Malangnya, Rahmat tidak menyukainya dan tidak akan membenarkan Zana untuk menyertai bidang ketenteraan kerana sedar akan liku liku sukar yang perlu ditempuhi kelak.

Rahmat lebih mengharapkan anak lelaki sulungnya iaitu Zaidi untuk menyambung legasinya dalam bidang ketenteraan  tetapi Zaidi tidak berminat.

Walaupun dihalang, Zana tetap bertekad untuk meneruskan cita-citanya dan dalam diam dia telah membuat permohonan secara online untuk menjadi anggota tentera Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Zana telah terpilih untuk menjalani ujian saringan dan akhirnya beliau berjaya diterima sebagai pelatih ATM dan perlu menjalani latihan di kem Melaka.

Pada mulanya, Zana berbohong kepada ibu bapanya dengan mengatakan bahawa dia diterima bekerja di sebuah syarikat swasta. Namun, di saat akhir Zana terpaksa untuk berterus terang kepada Rahmat dan ibunya, Mah.

Walaupun marah dengan tindakan tersebut, Rahmat tetap menghantar Zana ke kem untuk menjalani latihan. Rahmat sangat pasti bahawa Zana tidak akan bertahan lama di sana.

Apabila ujian Zana bermula, ternyata apa yang dikatakan oleh bapanya tentang kepayahan di kem, semuanya benar dan Zana mula mengalaminya.

Selain Sarjan Qamar lakonan pelakon hebat Sheila Rusly yang menggerunkan, Zana tertekan dengan pelbagai latihan yang memenatkan fizikal dan mentalnya.

Di kem juga Zana turut dibulii oleh Raz yang sangat membencinya. Sehinggalah suatu hari, Zana tekad membuat keputusan untuk melarikan diri daripada kem tersebut.

Nak tau kesudahannya? Kena tengok la episod akhirnya nanti.

Drama tersebut yang telah mencapai jumlah tontonan 10 juta ternyata memberi kesan yang mendalam di hati rakyat Malaysia dan telah pun trending di laman media sosial.

Di sebalik pujian yang diberikan terhadap drama ini, ia juga tidak sunyi dari kontrovrsi seperti isu perselisihan di antara Janna Nick dan Sheila Rusly.

Selain tu, peminat juga telah mengesan kesilapan profesional yang berlaku dalam drama ini apabila salah satu episod yang ditayangkan memaparkan abam cameraman termasuk ke dalam frame.

Hihihi.. kelakar jugak kan.

Itu baru sekali. Kalau korang nak tau, dalam episod ke 14 yang ditayangkan arini pun admin dapat detect berlaku satu lagi kesalahan. Nak tau apa dia? Tengok la rakaman ni dan cuba cari.

Jumpa tak tu? Tak jumpa? Cuba tengok betul betul.

Janna Nick ataupun Leftenan Zana didapati memegang handphone dan membacanya secara terbalik sebaik saya menyambutnya dari Abby, lakonan Annie Mosha.

Kesilapan kesilapan dalam filem atau drama sebegini bukan hanya terjadi pada drama tempatan sahaja tetapi banyak juga yang didapati daripada filem filem box office luar negara.

So, kiranya drama Leftenan Zana ni dah boleh dikatakan setaraf la kan dengan filem keluaran Hollywood.

Hehehe.. ye ke idok?

Mana dia peminat Leftenan Zana macam admin? Kasi LIKE, KOMEN dan SHARE sikit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *