Kumpulan Kpop Korea Blackpink Kena Parodi Dengan Budak-Budak Thai

Empat orang kanak-kanak Thailand menjadi viral selepas membuat parodi muzik video kumpulan K-pop terkenal, BLACKPINK berjudul Ddu-Du Ddu-Du baru-baru ini.

Difahamkan kanak-kanak itu merupakan anggota kumpulan Deksorkrao yang dikenali kerana mempunyai bakat menari dan kreativiti membuat parodi muzik video lagu-lagu popular dengan bajet yang rendah.

Kanak-kanak berbakat.

PIC: INSTAGRAM @DEKSORKRAO
Kanak-kanak berbakat.

Deksorkrao dianggotai oleh empat orang gadis cilik iaitu Mommaem, Kungten, Som dan Kwang yang masing-masing berusia dalam lingkungan 7 hingga 10 tahun.

Uniknya muzik video tersebut, gadis-gadis cilik ini berjaya membawakan watak anggota BLACKPINK iaitu Jennie, Lisa, Rose dan Jisoo dengan baik sehingga berjaya menarik perhatian penonton.

Dari kiri, Rose, Jisoo, Jennie dan Lisa.

PIC: GOOGLE
Dari kiri, Rose, Jisoo, Jennie dan Lisa.

Bukan sahaja mimik muka ‘swag’, mereka juga dipuji kerana kreativiti pemilihan ‘props’ yang digunakan untuk menghidupkan muzik video berkenaan.

Malah pemilihan lokasi yang digunakan juga cukup menarik antaranya kebun, ruangan tempat letak kereta beratapkan zink dan juga penggunaan pakaian serta aksesori.

Antara antara babak yang diparodikan.

PIC: YOUTUBE BLACKPINK / DEKSORKRAO
Antara antara babak yang diparodikan.

Sehingga kini, muzik video parodi itu telah mencecah lebih lima juta tontonan selepas dimuat naik di YouTube Deksorkrao pada 18 Ogos lalu.

BLACKPINK yang terkenal menerusi lagu hit mereka iaitu Boombayah dan Whistle merupakan artis di bawah naugan syarikat pengurusan YG Entertainment.

Parodi berjaya mendapat perhatian netizen.

PIC: YOUTUBE BLACKPINK / DEKSORKRAO
Parodi berjaya mendapat perhatian netizen.

Selain BLACKPINK, artis terkenal lain yang turut berada dalam pengurusan yang sama adalah BIGBANG, IKON dan WINNER.

Dalam perkembangan lain, bintang Big Stage Sarah Suhairi bakal menyampaikan lagu DDu-Du DDu-Du di konsert keempat yang bertemakan ‘Cover Tapi Bukan Aku’.

Mendapat lebih lima juta tontonan.

PIC: YOUTUBE BLACKPINK / DEKSORKRAO

Mendapat lebih lima juta tontonan.

Program yang ditaja oleh Vivo dan ditrendkan oleh TikTok ini bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123)

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @lubokviral Dan Sumber Artikel Ini Di Ambil Dari MediaBintang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *