Konsert Dah Dekat Macam Macam Pulak Komen Netizen

Cerita pasal Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang lebih dikenali dengan panggilan manja Tok Ti mesti ramai yang ingin tahu tak kiralah cerita apa pun yang penting pasal Tok Ti semua orang nak tahu.

Apa yang sedang hangat diperkatakan oleh netizen ialah berkenaan konsert Tok Ti yang diberi nama Siti Nurhaliza On Tour yang akan diadakan pada 16 MAc 2019 ini di Arena Axiata Bukit Jalil. Confirm ramai lah yang akan hadir. Dengar kata tiket dah habis di jual.

Memang ramailah peminat Tok Ti yang akan hadir Sabtu nanti di Bukit Jalil, confirm sesak lah jalan kat sana. Tetapi isu yang lebih hangat dan membuatkan Tok Ti sedih adalah komen komen negatif yang dilemparkan di dlam insta Tok Ti.

Ada saja yang netizen ni komen tanpa menjaga hati orang. Nak komen tue boleh tapi kena lah jaga hati nie tak main suka je nak komen apa.

Tok Ti nie memang ramai peminat, so dalam ramai ramai peminat mesti terselit haters kan??? sedih juga baca caption Tok Ti bila baca komen macam macam. Nasiblah ada peminat yang sentiasa menyokong Tok Ti. Siap nak sepak muka orang yang mengata Tok Ti tue.

Ada juga yang minta Tok Ti abaikan sahaja komen berbaur negatif. Peminat minta Tok Ti yang perlu baca komen komen negatif buat stress sahaja. Siap mereka tulis biarkan yang dok mengata tue.

Ramai lagi yang tak sabar tunggu nak tonton konsert di Arena Axiata minggu ini. Siap ada yang cakap “tak hidup dek puji, tak mati dek keji.” Ini adalah prinsip Tok Ti. Memang susah nak puaskan hati semua pihak. Yela walaupun dah dekat 23 tahun pun masih ada lagi yang mengata so ignore jela.

Komen komen negatif ini datang kerana Tok Ti memuat naik gambar makan gulai kambing. Ada yang cakap penat penat kayuh jalan… isi lemak kambing pulak. Ada yang menambah nanti bertambah lemak kerana guali kambing tue… Ada netizen yang sungguh positif cakap bersenam dan makan. itu tak apa yang tak boleh senaman jari aje pastu makan itu sedih. memang netizen nie sindir haters haters tersebut kalau tak paham tak tau lah.

 

Nampaknya ramai netizen yang tetap sayang Tok Ti, mereka bukan hanya back up di alam maya ini sahaja, bahkan mereka tetap membeli tiket konsert Dato Siti Nurhaliza On Tour sampaikan tiket pun sold out.

Nasihat min jadilah peminat yang boleh memberi semangat kepada artis pujaan anda. Janganlah jadi peminat aka haters yang tahu nak hentam je. Tegurlah dengan berhemah jangan main hambur je perkataan yang tidak baik kepada artis kerana mereka pun manusia biasa yang punya hati dan perasaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *