Konpiden Tu Penting. Netizen Tersembur Ketawa Dengar Pakcik Ni Nyanyi Lagu Tiada Lagi Kidungmu

Siapa minat  lagu Tiada Lagi Kidungmu nyanyian Nash kumpulan Lefthanded? Pastinya ramai yang meminati lagu ini terutama yang membesar pada era 90an.

Tak kira tua atau muda kalau dengar lagu ini di mana-mana, bibir pasti sama-sama ikut menyanyikan. Kalau di pusat-pusat karaoke pula lagu ini menjadi salah satu lagu favourite brader-brader yang nak tunjuk suara tinggi depan awek-awek.

Begitulah berhantunya lagu ini yang menjadi hits pada zamannya setanding lagu-lagu rock popular pada masa itu seperti Isabella dari Search dan Sejati, Wings. Kiranya kumpulan Lefthanded ini bukan calang-calang juga memandangkan pemuziknya juga sangat tersohor iaitu Man Kidal.

Sila skrol ke bawah untuk lihat video

Sejarah Lefthanded bermula apabila mereka mulai dikenali ramai selepas menyertai Juara Rock 1983. Nama mereka diambil sempena pemain gitar utama mereka iaitu Man Kidal yang bermain gitar menggunakan tangan kiri. Sebelum merakam album, mereka sudah aktif di pentas hiburan dan sering menjadi band pengiring antaranya kepada Ramli Sarip dan Rahim Maarof.

Penyanyi asalnya adalah Rahim Maarof dan Roy (yang kini terkenal sebagai penyanyi lagu patriotik) yang menjadi penyanyi utama sehinggalah kemasukan Nash dan melahirkan album pertama Lefthanded iaitu Keadilan.

Pada waktu ini Lefthanded terdiri dari Nash (Vokal), Man Kidal (Gitar), Samad (Gitar), Yan (Bass) & Man Dayak (Dram). Yan dan Man Kidal pula menganggotai Search dan sempat merakamkan album Search bersama berjudul Cinta Buatan Malaysia pada 1985.

Selepas tempat mereka digantikan oleh Hillary Ang dan Nasir Daud yang kembali kepada Search, mereka pula kembali mengaktifkan Lefthanded dengan munculnya album sulung Keadilan pada 1986. Album itu mendapat sentuhan penerbit dan penggubah Raja Rock ternama, Ramli Sarip.

Sementara Yan turut menyumbangkan suara di dalam album Seruan, pada lagu Ringan Berat. Dalam album kedua berjudul Seruan (1987), Lefthanded menambah anggota menjadi enam orang apabila Isa dari kumpulan Lizard masuk dan membawa elemen keyboard di dalam lagu Lefthanded.

Dalam pada itu, kematangan dari segi penciptaan lagu mula terserlah menerusi album Evolusi (1989).Selepas album Evolusi, Nash penyanyi utamanya meninggalkan Lefthanded dan digantikan buat sementara oleh penerbit album mereka sendiri iaitu Ramli Sarip. Ramli sanggup mengambil tempat Nash kerana tidak mahu Lefthanded berkubur begitu saja. Ramli sempat merakamkan satu album berjudul Fanatisme bersama Lefthanded.

Kemudian Yan pula meninggalkan mereka untuk menyertai semula kumpulan Search yang pernah dianggotainya dulu.Selepas itu, penyanyi Arab masuk mengambil tempat Ramli dan cuba menghidupkan kembali Lefthanded di dalam album Nafas tetapi ketika ini Lefthanded sudah kehilangan sengatnya kerana anggota asal sudah tiada lagi dan Man Kidal pula meninggalkan mereka kerana sibuk dengan kerja-kerja rakaman antaranya Ella dan Crossfire.

Lefthanded kehilangan pemain gitarnya, Abdul Samad Mian atau Samad, 45 pada 23 Oktober 2008, yang meninggal dunia kerana sesak nafas selepas terjatuh di pejabatnya di Ampang. Selain bermain muzik, arwah pernah menjadi pensyarah di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) sejak empat tahun lalu.

Sila skrol ke bawah untuk lihat video

Jom kita hayati bait-bait lirik lagu Tiada Lagi Kidungmu;

Tiada lagi ku dengar kidungmu ..Tiada lagi derai tawamu..Hanya kesepian..Yang kian mencengkam..Jiwaku
Malam-malam dingin membeku..Hari-hari kian kelabu..Dalam doa kudus..Ku sebut nama mu Cinta ku Oh sayang.. Damailah Kau di sana..Di sisi Tuhan..Yang Esa

Sejak kemunculan Nash membawakan lagu ini bersama Lefthanded, lagu ini telah cuba dinyanyikan oelh penyanyi baru dari zaman ke zaman. Diakui ada yang mampu menyanyikannya dengan baik malah lebih baik dari penyanyi asal, Nash. Apa yang menarik, baru-baru ini tular di media sosial apabila seorang pakcik cuba menyanyikan lagu ini dipercayai semasa di tempat majlis kenduri kahwin.

Tiada niat untuk merendahkan kebolehan pakcik itu, namun gelagatnya cukup menggelikan hati. Bukan saja admin, malah netizen lain turut berkata demikian. Walau siapa dan di mana pakcik itu berada, admin mendoakan dia sentiasa sihat dan gembira selalu.

Apapun min suka part last yang dia sebut ” wuuuu!…” hahaha sakit perut

Jom kita baca apa kata netizen.

 

Jom lihat video penuh di bawah.

Jom kita dengar versi asal oleh Nash, Lefthanded.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Lubok Viral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *