Kisah Gadis Comel Ini Memberi 1 Cadangan Kepada Khairy Jamaluddin Sampai Buat Khairy Tersenyum

“Di sini saya mahu cakap pasal pengambilan tentera atau polis. Kalau boleh dia punya syarat kasih longgar sikitttt, tidak semua tapi sikit”, seluruh dewan termasuk Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin (KJ) ketawa mendengar celoteh gadis bernama Sherell ini.

Video Penuh Berada Di Bawah

Semalam telah berlangsung sesi dialog Transformasi Negara 2050 (TN50) bersama YB KJ yang diadakan di Monsopiad Heritage Village Penampang, Sabah. Dihadiri oleh golongan belia Sabah, sesi dialog ini memberi peluang belia menyuarakan aspirasi mereka kepada pihak kerajaan dalam usaha membangunkan Sabah 30 tahun akan datang.

Suasana dialog gamat seketika apabila seorang gadis dari Ranau bangun dan memberikan ideanya tentang bahagian pertahanan negara dimana dia memetik isu pengambilan tentera atau polis, gadis ini meminta supaya syarat tinggi dan berat badan dilonggarkan sedikit.

Dengan penuh yakin, gadis ini menjelaskan pada YB KJ, “ada yang lebih layak untuk jadi tentera atau polis tapi tidak dapat sebab masalah ketinggian. Kalau di Ranau sahaja, polis kebanyakannya dari seberang (semenanjung) sedangkan orang Ranau pun boleh bah jadi polis tapi ‘pindik tagap’”.

“Jadi disini, kita punya kemajuan negara dapat dinilai melalui akal fikiran dan bukan dilihat melalui ketinggian. Jadi macam mana kita mahu maju kalau kita ambil tentera polis yang tinggi-tinggi tapi dia punya IQ rendah”.

Cadangannya membuatkan dewan gamat dengan sorakan dan tepukan orang ramai. YB KJ turut memberi maklumbalas bahawa idea gadis tersebut bagus dan semoga idea gadis ini membuka peluang lebih ramai orang Sabah yang berminat menjadi tentera dan askar tercapai.

Apakah syarat kelayakkan untuk menjadi POLIS?

 Jawatan Inspektor, Sarjan dan Konstabel

  • Tinggi tidak kurang daripada 1.63 m bagi lelaki dan 1.57 m bagi wanita tanpa sepatu.
  • Ukuran dada 81 sm (biasa) dan semasa menarik nafas 86 sm (lelaki sahaja).
  • Berat badan sekurang-kurangnya 50 kg bagi lelaki dan 48 kg bagi wanita.
  • Lulus ujian penglihatan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata atau alat bantuan kanta lekap.
  • Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat
  • Diakui sihat oleh pegawai perubatan kerajaan termasuk pemeriksaan X-ray

b. Jawatan Konstabel Orang Asli:

  • Tinggi tidak kurang daripada 1.63 m (lelaki) tanpa sepatu
  • Ukuran dada 81 sm (biasa) dan semasa menarik nafas 86 sm (lelaki sahaja)
  • Berat badan sekurang-kurangnya 50 kg
  • Lulus ujian penglihatan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 menggunakan cermin mata atau alat bantuan kanta lekap
  • Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat
  • Diakui sihat oleh pegawai perubatan kerajaan termasuk pemeriksaan X-ray

c. Jawatan Konstabel Sokongan:

  • Tinggi tidak kurang daripada 1.63 m bagi lelaki dan 1.57 m bagi wanita tanpa sepatu
  • Ukuran dada 81 sm (biasa) dan semasa menarik nafas 86 sm (lelaki sahaja)
  • Lulus ujian penglihatan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata atau alat bantuan kanta lekap
  • Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat
  • Diakui sihat oleh pegawai perubatan kerajaan termasuk pemeriksaan X-ray

SUMBER : https://www.rmp.gov.my/faq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *