Kerana nak untung habis satu Pasir Gudang terima bencana

Pembuangan sisa toksik ke Sungai Kim Kim telah mengakibatkan ramai mangsa sesak nafas dan ada yang pengsan.

Situasi sekarang cukup membimbangkan sehingga sekolah di sekitar kawasan berkenaan terpaksa ditutup.

Apa yang dapat dilihat di kaca television mahupun melalui telefon pintar keadaan murid murid terbaring kerana masalah pernafasan akibat tindak balas kimia daripada buangan toksik tersebut.

Satu Malaysia sedang mempunyai perasaan bercampur baur. Marah ada sedih ada geram ada kesal pun ada. Macam mana masalah ini boleh berlaku? Salah siapa? Semua orang sedang memikirkan macam mane boleh terjadi dan bagaimana pula nak menyelesaikannya.

Sungguh menyeedihkan mana perginya hati dan perasaan orang yang sanggup membuang sisa toksik ke sungai begitu sahaja? Tak boleh fikir ke sebab dan akibat selepas buat benda benda yang boleh memudaratkan nie?

Nak tanya sekolah sahaja ke yang terlibat? Kawasan terdekat seperti taman taman perumahan dan kawasan sekitar mesti terlibat juga kan?

Segala usaha yang dimainkan oleh pihak berwajib perlu diberi pujian. Kakitangan Klinik Kesihatan Pasir Gudang dikatakan beroperasi 24 Jam yang ditempatkan Di Dewan Serbaguna Taman Pasir Putih.

Para penduduk,
Taman Pasir Putih, Taman Kota Masai Dan Kampung Bukit Pulai.
Yang mengalami batuk batuk, muntah muntah, cirit birit, badan gatal gatal dan sesak nafas. Boleh segera Ke Dewan Serbaguna Taman Pasir Putih untuk pemeriksaan kesihatan dan untuk tindakan selanjutnya. Alhamdulillah semuanya percuma tiada dikenakan bayaran.

Selain itu, orang ramai diminta menggunakan air terawat untuk aktiviti harian.

Kerap mandi dan pakaian yang digunakan hendaklah dibasuh berasingan setiap kali keluar dari rumah bagi mengelakkan kemungkinan sisa toksik terkena di anggota badan.

Melihat gambar sisa toksik ini membuatkan perasaan kita menjadi marah.

Orang ramai dinasihatkan juga agar jangan mendekati atau melakukan aktiviti riadah berdekatan kawasan Sungai Kim Kim, Pasir Gudang.

Kita doakan agar masalah ini dapat diselesaikan dengan segera. Moga masalah ini tidak berulang kembali. Doakan supaya keadaan di Pasir Gudang kembali seperti sedia kala.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *