Kenyataan Saya Sebelum Ini Disalah Ertikan, Fikry Ibrahim

Pelakon popular, Fikry Ibrahim menjelaskan kenyataanya sebelum ini mengenai isu memegang tangan pelakon wanita ketika penggambaran telah disalah ertikan oleh sesetengah pihak.

Sebelum ini, Fikry mengatakan dia akan cuba mengelak untuk menyenttuh pelakon wanita ketika penggambaran, namun ada pihak yang menyangka dia tidak langsung akan bersenttuhan dengan mana-mana pelakon wanita.

“Sebenarnya, kenyataan saya sebelum ini telah disalah ertikan oleh sesetengah pihak.

“Saya hanya katakan saya akan cuba elak menyentuh pelakon wanita ketika penggambaran, ia tidak bererti saya tak akan menyentuh langsung,” katanya kepada Gempak.

Fikry berkata demikian ketika ditemui di sesi ramah mesra bersama pelakon drama bersiri yang dibintanginya iaitu Kau Yang Pertama di Taman Wahyu, Kuala Lumpur semalam.

Sementara itu, Fikry mengatakan dia menerima pendapat dan teguran orang ramai dengan hati yang terbuka.

“Namun begitu, saya terima segala pendapat dan teguran orang ramai dengan hati yang terbuka, dapat juga dijadikan iktibar buat saya di masa akan datang,”tambahnya.

Drama bersiri Kau Yang Pertama yang disiarkan di TV3 itu turut menampilkan Farah Nabilah yang digandingkan bersama Fikry.

Gandingan itu merupakan kali kedua mereka bekerjasama selepas muncul dalam drama Cik Reen Encik Ngok Ngek yang ditayangkan di saluran Astro tahun lalu.

Sumber : Astrogmpak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*