Keliru dengan cadangan peminat, Akhyar Rashid buat hal

Liga Super dan Liga Premier 2019 bakal memulakan aksi masing masing pada 1 Februari 2019 sehingga 21 Julai 2019 di mana Piala Sumbangsih di antara pasukan Johor Darul Takzim atau lebih dikenali dengan nama JDT akan menentang pasukan Perak yang dijadualkan akan berlangsung pada 2 Februari 2019.

Dalam pada setiap pasukan sedang mengadakan latihan dan memperkuatkan pasukan masing masing, mereka juga mengintai dan memancing bakat bakat bola sepak yang ada mahu pun di luar atau di dalam negara.

Tidak terlepas daripada kanta dan radar pengurus setiap pasukan adalah pemain sensasi negara yang baru saja berkhidmat untuk negara dalam edisi Piala AFF Suzuki 2018 baru baru ini.

Siapa lagi kalau bukan Muhammad Akhyar bin Abdul Rashid, pemain yang mampu beraksi dengan baik di posisi penyerang atau pun sebagai midfielder.

Pemain yang sedang beraksi bersama pasukan Helang Merah itu dikatakan sedang mempertimbangkan di antara hendak menyarung jersi pasukan Harimau Selatan atau pun Singa Utara.

Prihatin terhadap perkembangan karier pemain muda negara itu, penyokong dan peminat mula memberikan komen tentang pandangan mereka supaya Akhyar Rashid lebih mudah untuk membuat keputusan.

Antara yang menarik perhatian admin adalah komen daripada pemuda ini. Bukan sahaja menggelikan hati, komen beliau juga mendapat respon daripada warga net yang lain. Korang baca le komen komen di bawah.

Tak tau la Akhyar makin mudah atau makin pening untuk buat keputusan lepas baca komen komen dorang kat atas.

Beliau yang juga mampu bertutur dalam bahasa Thailand kelihatan tak keruan dalam aksi di bawah.

Tik tok for all uolls.

Posted by Lubokviral.com on Tuesday, 25 December 2018

Ha ha ha. Macam macam hal la Mat Ya ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *