Ke Sebab Kau Dah Takde Job. Aliff Syukri Mengamuk Di IG Pasal Kena Tegur Dengan PU Amin.

Jika sebelum ini jutawan kosmetik tersohor Dherbs Terlajak Laris, Dato’ Sri Aliff Syukri baru-baru ini sangat sibuk menjalani rakaman lagu duet di Indonesia bersama dengan sahabatnya, Nur Sajat dan penyanyi Indonesia, Lucinta Luna.

Sebelum itu dia yang pernah mengeluar single berjudul Abang Nak Tegur duet bersama isterinya Datin Seri Nur Shahida dan pernah meraih 7 juta tontonan di Youtube.

Tidak sampai sebulan lepas lagu beliau bersama Sajat dan Lucintaluna berjudul Bobo di Mana keluar dan lantas menjadi hits apabila trending di youtube. Setakat hari ini klip lagu tersebut telah mendapat 8.3 juta tontonan. Walaupun mendapat kritikan, kecaman dan hinaan itu tidak menghalang lagu tersebut terus mendapat tontonan.

Selain dari lagu tersebut dijadikan parodi oleh selebriti terkenal tanahair, dan jika sebelum ini PU Amin turut menyanyikan lagu Bobo di Mana dalam versi sendiri, lain pula cerita dengan seorang lagi pendakwah terkenal iaitu PU AMin. Beliau dilihat membuat teguran kepada Dato Aliff Syukri dengan mengatakan lagu tersebut adalah haram.

Terbaru beliau telah memuatnaik video beliau melepaskan perasaan marah di IG milik beliau kerana tidak berpuas hati dengan PU Amin yang mengatakan lagu tersebut haram. Aliff Syukri turut berkata dia menerima cabaran PU Amin supaya beliau menyanyikan lagu nasyid pula.

” yang sibuk kutuk2 tu jgn lupa tgk lagi bobo versi dakwah pu azman …yg bobo versi haram ni smapai 8 juta orang tgk yg versi dakwah kenapa x ramai tengok….naikkan lagu tu support lagu dakwah….yg haram pandai pula korang komen…kenapa x up video bobo versi dakwah kat ig korang…..lepas sy cabar diri saya buat lagu masyid.. kalau lagu nasyid view x sampai 8 juta korang siap yee…..pandai sangat kan nak kutuk2…….

Ya saya pendosa,haram dilaknat Allah…tapi apa kata kita sama2 share isu kemungkaran lain banyak lagi di malaysia ni kes buang anak merata,rasuah,maksiat,ustaz rogol pelajar tahfiz,atuk rogol cucu…kenapa x ada sesiapa nak up citer tu…kee sbb mereka x glamer?
Ingat ya x tgk nasyid saya smaa mcm view bobo siap korang…jgn pandai taip je tapi x sama2 buat…..”

Jom baca apa komen netizen di bawah;

” Tah pape tah…bila dah jadi mcm ni baru lah nak ckp korang cuma bagi nasihatlah, nak tegurlah, nak bajet2 alim. Sebelum ni comment bukan main lagi kutuk sana kutuk sini. Maki sana maki sini. So typical malaysian. Cammon lah upgrade sikit mentality tu..jangan sebuk nak kecam orng je. Kalau nak tegur bukan mcm tu caranya, and bila dah tegur it’s up to him sama ada nak terima atau tidak. Baru lah ikhlas menegur. Ni bukan dah tegur tapi paksa2 untuk dato @aliffsyukriterlajaklaris terima. Lol..”

” Tak boleh nk beza nasihat nga kutuk..yg org duk bt parodi mcm2 xde lak kau marah kri..Ni Pu yg nasihat kau ngamuk..Jauhnya kau dgn nikmat ALLAH ya..Tak ada rasa bersalah dlm diri..Suh kami doakn yg terbakk tapi kamu yg terbalik..Jgn lupa ya nikmat kemewahan yg kamu ada hanya pinjaman dari ALLAH..Renung2kn ya adikku Alif Syukri..”

” senang ja kalau dato still xfaham kenapa byk netizen hentam dato…pikir mcm ni dato – tindakan dato berjoget/ berduet dgn dua lagi manusia tu dato – tak manis utk tontonan umum…. mmg semua manusia xsempurna..tp bnda tu boleh elak..jgn dihalalkan yg haram jgn haramkan yg halal yee dato – just my two cent opinion @aliffsyukriterlajaklaris..”

” Dato kenapa dato macam ni . Dulu saya suka sangat tengok wanita hari ni sebab nak tengok dato lepas dato semakin hari semakin perangai tak menentu.saya pun jadi menyampah nak tengok dato.Jauhilah publisiti taksemena ni . dato dah dikemuncak seorang yang berjaya tapi kenapa perlu macam ni.Orang menasihati sebab ada yang ambik berat n masih sayang dato . PELIKKKKKKK LAHHH!!!!!DATO NAK HANGIN HANGIN PULAK.DATO NI ISLAM 

” alahai la dato.. patut kena bersyukur lah adaborang nak tegur.. sebab nak dato perbaiki balik.. makna allah sayang.. kalau orang tak tegur maka nya tak orang nak sayang dato.. kita ni hidup banyak tolong menolong, tegur menegur.. xpyah nak cabar sangat, xguna pon.. makin orang xsuka nanti dengan cara dato..”

Jom lihat video penuh di bawah

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Lubok Viral

Sumber: IG Aliff Syukri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *