Kau Ingat Apa Dah Memang Aku Pompuan, Perlu Ke Aku Pergi JPN. Video Sajat Mengamuk di IG

Heboh sebelum ini apabila Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengesahkan pihaknya tidak menerima sebarang permohonan dibuat usahawan kosmetik yang sekarang bergelar selebriti, Nur Sajat Kamaruzzaman, untuk mengubah status jantina pada kad pengenalan miliknya.

Melalui semakan JPN mendapati tiada permohonan dibuat Sajat seperti yang didakwa dilakukan usahawan tersebut di Ibu Pejabat JPN di Putrajaya, Jumaat lalu.

Menurut Ketua Pengarah JPN, Datuk Mohammad Razin Abdullah, pihaknya tidak menghalang individu yang hendak membuat permohonan menukar jantina mereka pada kad pengenalan, namun perkara itu akan diteliti terlebih dulu mengikut prosedur ditetapkan.

” Harus diingat, dalam proses permohonan penukaran jantina (pada kad pengenalan), ada beberapa aspek yang akan dilihat, iaitu dokumen kelahiran yang disahkan oleh doktor.

” Sebagai contoh di dalam sijil kelahiran terdapat tiga kategori jantina yang diletakkan iaitu lelaki, perempuan dan diragui.

” Oleh sebab itu sekiranya jantina individu berkenaan (yang memohon menukar jantina pada kad pengenalan) disahkan oleh doktor sebagai kategori diragui, mereka boleh mengemukan permohonan untuk memilih salah satu jantina yang lebih dominan apabila sudah dewasa,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Selain itu Mohammad Razin turut menjelaskan, bagaimanapun pihaknya akan menolak permohonan daripada individu yang sudah disahkan jantinanya sejak dilahirkan oleh doktor seperti tertera dalam  sijil lahir.

” Pernah jug sebelum ini, kami  menerima permohonan daripada individu yang mahu menukar jantina asal pada dokumen mereka, namun ditolak kerana perkara itu bertentangan dengan dasar JPN.

” Jadi sekiranya dalam sijil lahir mereka, jantina adalah lelaki, maka kami tidak akan menerima permohonan individu berkenaan untuk menukar jantina sebagai perempuan dalam sebarang dokumen,” katanya.

Sementara itu Sajat dilaporkan enggan menjawab isu mendakwa dirinya ke Ibu Pejabat JPN di Putrajaya, baru-baru ini untuk mengubah status jantina pada kad pengenalan.

Beliaau ketika dihubungi NSTP memaklumkan dia enggan menjawab sebarang soalan berkaitan hal terbabit. Jelasnya, diam tidak bermakna dia melakukan perkara itu dan mengambil pendekatan berdiam diri dan menunggu saja.

Sajat turut berkataa, dia enggan mengambil pusing tentang dakwaan terbabit kerana ada masalah yang lebih besar terpaksa ditanggungnya serta memohon diberikan privasi.

Terdahulu Sajat telah memuat naik 1 video di instagram rasmi beliau mengenai fitnah yang tular harini bahawa dia pergi ke JPN untuk menukar status jantina. Perkara ini membuat Sajat tidak mampu menahan sabar dan ini yang dia katakan.

Berikut adalah kapsyen merujuk kepada entri di Instagram beliau;

” Tolong yer!!!! Jangan nak suka suka hari nak buat cerita sampah yang mengatakan saya pergi JPN PERGI TUKAR JANTINA!!!diam diam saya ingat saya ini nak duduk diam ker!!! Apa masalah bloger2 sampah ini???tolong hormati orang yer!!! Kalau betul saya pergi JPN,tunjukkan CCTV ATAU BUKTI SAYA PERGI KE SANA!! Jangan nak tuduh menuduh untuk buat sedapkan cerita korang!!!! Apa lagi!!! TEPUKK!!!!

Lihat video penuh di bawah
Jom baca apa komen netizen di bawah;

” Klu kaw perempuan …xdenya nak jatuhkn martabat diri sbgai org perempuan….bwat malu jaa aku tgokk…”
” sorry bro, pompuan tak cakap camni. unless she’s from the ghetto. tp ghetto girls pun tak cakap camni. ada satu kaum je kt malaysia yg cakap style camni…”
” eh Bang Sajat , lalu yg bikin pengakuan di youtube bilang kalau dari kecil gayanya sudh feminim seperti perempuan,dan lbih suka pakai baju perempuan baju kakaknya itu siapa??? Itu jelas2 Bang Sajat. Apa jgn2 yg bikin pengakuan itu orgnya sudh meninggl ya.. Innalilahi… Sadar jatt sadaarrr..”
” Terperanjat bila dengar suara. Tak perasan traffic light dah merah. Dengar suara cari brake pun tak jump…”
” Aku tengok semua gmbr,vedio orng kecam tapi bila smpi vedio ni orng Kate sabar lah sabar lah tau plk kecut netizen. Tak de bukti plk tu yng Sajat gi JPN hahahah..”

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Lubok Viral

Sumber: bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *