Kantoi Hans Isaac Dipaksa Menjawab Satu Soalan Panas

Baik Punya Cilok, nama ini jika disebut memang semua akan ingat Afdlin Shauki, Hans Isaac, Awie dan AC Mizal. Filem yang memang sangat kelakar. Sekarang mereka bergabung kembali dan akan mengadakan satu konsert yang amat berbeza dan ia dipanggil Baik Punya Konsert 4d.

Hans Isaac teruja dapat menyanyi dengan Lejen Awie.

Tak pernah terfikir yg saya akan menyanyi dgn legend dan rockers Malaysia brother Awie dalam satu concert yg sama . Lagi lagi bersama rappers bro AC dan artist serba boleh bro Afdlin . Harap I hold my own on stage this 26th-28th July at Istana Budaya .Its going to be so much fun , with some major Entertainmet and not forgetting Lawak GILA

Apa yang terjadi di MeLeToP?
Salah satu permainan yang ada di MeLeToP adalah permainan Lie Detector. Mereka tidak boleh menipu dan jika menipu kejutan elektrik akan dikenakan. Paling menarik apabila Dato Hans Isaac mengenakan alat itu di tangan dan ketika Neelofa ingin bertanyakan soalan secara tiba tiba Nabil Ahmad mencelah dan tanya. ” Sayang Lofa lagi ke tidak? ” .

Soalan dari Nabil itu menggamatkan suasana studio tetapi paling penting muka Hans dan Neelofa berubah terus. Memang kelakar habis. Apa jawapan Hans? Tengok video di bawah.

Rancangan Meletop tersebut mendapat pujian menggunung dari netizen dan ramai menyatakan rancangan itu adalah antara rancangan Meletop terbaik untuk tahun 2018.

Baik Punya Concert 4D


ypause-button mejs-play”>

By: Buletin Netizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *