“Kalau Tiba-Tiba Bapa Meninggal, Anak Tak Mampu Bayar Bagaimana?” Uncle Kuan Jalankan Servis Van Jenazah RM1

“Kalau Tiba-Tiba Bapa Meninggal, Anak Tak Mampu Bayar Bagaimana?” Uncle Kuan Jalankan Servis Van Jenazah RM1

Kisah seorang lelaki berketurunan Cina yang dikenali sebagai Uncle Kuan, 54, menyediakan perkhidmatan van jenazah untuk orang Muslim yang tidak berkemampuan menarik perhatian masyarakat.Uncle Kuan atau nama sebenarnya Kuan Chee Heng menjadi viral kerana sikapnya yang suka membantu orang dalam kesusahan tanpa mengira bangsa dan agama.

Atas niat membantu masyarakat lain, Uncle Kuan telah membuat perkhidmatan van jenazah yang beroperasi di Puchong dan Serdang dengan bayaran hanya RM1 tanpa mengira jarak untuk memudahkan urusan keluarga yang tidak berkemampuan

Menurut Uncle Kuan, dia melakukan perkhidmatan van jenazah itu selepas berdepan dengan kisah sedih rakannya sendiri.

“Imbas kembali kisah kawan saya sendiri, apabila berlaku kematian, kawan saya mahu membawa pulang jenazah bapanya ke Segamat namun mengalami kesukaran.

“Selepas saya melihat kejadian itu, saya mula berfikir kenapa saya tak boleh buat?

“Cuba bayangkan jika tiba-tiba bapa meninggal, anak-anak yang masih muda baru pandai cari makan dan mereka tidak berkemampuan untuk membayar van, bagaimana?” katanya.

Ikuti temu bual penuh radio Zayan.my bersama Uncle Kuan di bawah:

Uncle Kuan sebelum ini juga pernah menajdi viral dn digelar ‘Hero Malaya’ dikalangan netizen selepas membantu ibu tunggal kepada lapan anak yang mengalami kesusahan pada tahun 2016.

Video: Facebook Zayan.my

Teks oleh: Mya Amri

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *