Kalau tak suka tak yah follow lah kan senang.

Siapa yang tak kenal Abdul Fattah Bin Mohd Amin atau panggilannya Fattah Amin pelakon popular yang sangat diminati dan digilai peminat. Fattah Amin ini bukan hanya berlakon beliau juga seorang penyanyi, pengacara, model, duta dan usahawan. Pelakon ini semakin popular setelah berkahwin dengan artis terkenal Fazura.

Mahu taknya dua kumpulan peminat bergabung makin ramailah peminat mereka. Bila dah bergabung jadilah Fatzura. Pandai peminat cari nama tul tak?

Baru baru nie menjadi pendebatan berkenaan isu sayang menyayang atau berkasih sayang antara mereka yang dipertontonkan dikhalayak umum. Ada yang katakan terlalu transparent, sepatutnya tak perlu dipertayangkan di khalayak umum. Cukuplah hanya mereka sahaja yang tahu.

Ramai netizen yang sokong tak kira apa mereka lakukan. Ada yang cakap biar diaorg nak sweet2 dah halal.. yg tak halal lg boleh pulak org kata sweet. Ada betul disitu apa yang dikatakan oleh netizen.

Komen mempertahankan tindakan mereka cukup ramai. Siap cakap heran kenapa masih ada yang pedih hati tak abis abis… siap cakap kenapa nak menyibuk kat dalam nie unfollow je lah kalau tak suka. Kalau ramai ikut cadangan nie mau ramai artis hilang followers nanti hihihi.

Dalam banyak banyak komen terselit komen yang mendoakan agar fazura dan fattah amin mendapat baby dengan cepat. Tul gak tue sampai bila nak berdua sahaja kan. Cepat cepat dapat baby pulak. Mesti hensem dan lawa macam korang kan. Biasalah orang kita. Belum kahwin tanya bile nak kahwin? Bile dah kahwin dia tanya pulak bile nak dapat anak? Pastue keluar pulak soalanĀ  bile nak tambah lagi. Hahaha sabar je la kan.

Ada juga cakap tak lama lagi keluarlah pic sweet couple nie kat rotikaya… pastu kena kecam hahaha dah tahu apa yang akan jadi ye…. yang kecam tue sebeno nye dengki tambah seorang netizen lagi.

Biasalah bukan semua kita kena tunjuk kat orang kan??? Ada yang suka ada yang tidak suka dengan apa yang di muat naik.

So pandai pandai lah memuat naik gambar ye. Kepada peminat terimalah artis pujaan anda seadaanya. Nie rupanya pic yang jadi perdebatan antara netizen tue. Biase je admin tengok, ada lagi hangat dari pic nie tul tak?

Para peminat kenalah pandai menasihati artis pujaan merekanye. Jika mereka tersalah cepat cepatlah tegur ye supaya mereka pun tahu kesilapan mereka dan akan menjadi lebih baik pada masa akan datang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *