“Kahwin? Tunggu Lepas Adik Habis Sekolah” – Ayda Jebat

Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat tidak memikirkan mengenai perancangan untuk mendiri kan rumahtangga dalam masa terdekat.Selesa dengan status solo, Ayda mendahulukan kepentingan tiga orang adik nya dalam segala hal.”Saya mahu fokus terhadap bidang seni yang saya ceburi. Masih banyak yang belum saya capai dan saya juga mahu menggembirakan peminat yang selama ini tak henti menyokong.

“Saya mendahulu kan tiga orang adik saya dalam semua perkara. Walaupun dua adik perempuan saya sudah bekerja, saya masih lagi memberi wang belanja kepada mereka.

“Saya berikan wang tersebut atas rasa tanggungjawab dan menganggap mereka masih berada di bawah tanggungan saya.
“Saya sudah terbiasa membantu keluarga kerana semenjak saya berusia 12 tahun, ibu bapa saya berpisah dan saya menolong mana yang patut kerana tak mahu melihat adik-adik saya susah.

“Soal kahwin, saya memang tak terfikir langsung buat masa ini. Buat masa ini, adik bongsu saya masih belajar di sekolah menengah, mungkin saya lepaskan keperluan dia dahulu selepas tamat sekolah, baru saya fikir soal kahwin,” kata Ayda ketika ditemui di acara pertunjukan fesyen Ariani Luminious Lebaran 2018 di KLCC baru-baru ini.

Menerusi acara tersebut, Ayda meneruskan kontraknya sebagai Ikon Ariani RTW untuk tahun ketiga.

“Alhamdulillah, saya selesa bekerjasama dengan mereka dan gembira kerana masih diberi peluang untuk bergelar Ikon Ariani RTW tahun ini,” katanya.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Ayda & Ariani

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *