“Jangan tanya Awi kisah silam saya,” pinta Atikah Suhaime

Related image

Related image

Atikah Suhaime bertunang dengan Awi Rafael pada Mac lalu.

PELAKON kelahiran Singapura iaitu Atikah Suhaime meminta pihak media tidak mengungkit dan  soalan berkaitan kontroversi yang pernah melanda diri nya kepada penyanyi Awi Rafael.Atikah atau nama  Nur Atikah Suhaime, 27, berkata, perkara tersebut seperti tidak menghormati tunang nya itu yang di anggap sudah menerima diri dia seadanya.

“Saya harap dan mohon media tidak bertanya Awi tentang perkara lalu saya. Bukan apa, saya cuma rasa seperti tidak menghormatinya sebagai tunangan saya.

“Dia terima saya seadanya dan sejujurnya kami tidak pernah bercakap tentang itu sepanjang berkawan,” ujarnya kepada mStar Online. 

Atikah ditemui pada sidang media pertunjukan fesyen Primavalet yang diadakan di Hotel Majestic malam Rabu lalu.

Pelakon ini bertunang dengan penyanyi Awi Rafael pada 17 Mac lalu setelah lima bulan ber kenalan.

Pasangan tersebut merancang untuk berkahwin pada Mac tahun depan.

Sementara itu, Atikah berkata, dia berasa lebih tenang selepas mengikat tali pertunangan itu.

Katanya, penyanyi berkenaan banyak memberi kekuatan dan semangat ketika dia berada dalam keadaan putus asa.

“Alhamdulillah, saya rasa lebih tenang sejak bertunang, dia banyak beri semangat terutama ketika saya rasa putus asa.

“Masa saya hilang arah tujuan dan tidak tahu mana nak pergi. Sekarang saya sudah nampak kembali jalan hidup dan arah kerjaya saya,” ujarnya yang bakal berlakon dalam filem Indonesia.

Bercakap tentang perkembangan kerjaya, Atikah yang pernah menyepi daripada industri hiburan tanah air selepas di himpit kontroversi foto bogel menyifatkan dia kini sudah mula kembali aktif.

Katanya, dia membintangi drama Pengantin Musim Salju dan bakal memulakan penggambaran filem Indonesia berjudul Antologi Rasa dalam masa terdekat.

Pelakon filem Pencuri Hati Mr Cinderella ini menjadi kontroversi selepas foto bogel mirip nya dan juga pelakon Idris Khan tersebar di laman sosial dua tahun dahulu.

Sumber: Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *