Jangan tamak kata Khai Bahar

Khai Bahar bersama novel yang mengguna kan lagu ciptaannya Luluh sebagai inspirasi hasil tulisan Ezza Mysara. Foto FAIHAN GHANI

PENYANYI Khai Bahar tidak pernah mengambil kesempatan terhadap populariti yang diraih ketika ini untuk kepentingan peribadi walaupun mengakui dia dibanjiri pelbagai tawaran lumayan.Sebaliknya kata pemuda berusia 24 tahun ini, dia tidak mahu bersikap tamak dan sentiasa menapis setiap tawaran yang di beri kan menerusi syarikat pengurusannya, NAR Records.

“Alhamdulillah tawaran yang saya terima memang banyak dan pelbagai, ber syukur kerana itu adalah rezeki diberi Allah.

“Bagaimana pun itu tidak bererti saya boleh ambil kesempatan tanpa berfikir dan menerima bulat-bulat apa ditawarkan kepada saya kerana saya perlu memikirkan baik buruk dan risiko di kemudian hari.

image: http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/04/30/khai-bahar/~/media/e760b9e1ec954c039c9851cac6df63cc.ashx?la=en

Khai bersama penulis Luluh, Ezza Mysara.

“Pihak pengurusan akan tapis terlebih dahulu setiap tawaran diberi kan agar ia sesuai dan dapat memberi manfaat bukan sahaja kepada diri sendiri tetapi peminat,” katanya.

Khai ditemui pada majlis pelancaran novel berjudul Luluh yang kolaborasi bersama penulis Ezza Mysara.

Novel tersebut ditulis oleh Ezza hasil inspirasi daripasa lagu Luluh nyanyian dan gubahan sepenuhnya daripada Khai.

Bercakap mengenai novel Luluh, Khai berkata, ia bukan kisah peribadinya sebaliknya Ezza mengangkat jalan cerita yang dekat dengan masyarakat.

image: http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/04/30/khai-bahar/~/media/15014f8249d048c9a6e3acc7e8dfd77c.ashx?la=en

Khai bersyukur rezekinya dalam bidang seni semakin murah.

Kata Khai, dia bersetuju lagu gubahan dan tulisannya itu dijadikan novel kerana dia memang berangan-angan Luluh dijadikan sebuah buku.

“Saya hendak tulis novel sendiri tiada bakat dan pengalaman jadi apabila ada pihak menawarkan kolaborasi itu saya sangat gembira.

“Tambahan pula novel-novel tulisan Ezza memang digemari ramai dan sudah tentu Luluh akan diterima baik oleh penggemar novel,” katanya.

Malah kata Khai, penjualan novel inspirasi daripada lagu Fattah Amin berjudul Wanita Terakhir tulisan Ezza yang laris tahun lalu memberinya inspirasi untuk mencuba perkara sama.

sumber: mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *