‘Jangan Malukan Mak Ayah’ – Fauziah Ahmad Daud Berang Adiknya Terpalit Kontroversi Tampar Aiman Tino

'Jangan Malukan Mak Ayah' - Fauziah Ahmad Daud Berang Adiknya Terpalit Kontroversi Tampar Aiman Tino

Pelakon Fauziah Ahmad Daud atau mesra dipanggil Ogy mengakui kecewa apabila nama adiknya, Fazlina Ahmad Daud terpalit kontroversi menampar penyanyi Aiman Tino.Menurut Ogy, dia ingin berjumpa dengan dengan Aiman Tino dan pihak pengurusannya yang didakwa tidak berpuas hati dengan Fazlina untuk menyelesaikan perkara tersebut.

“Selepas mendapat berita itu saya terus bertanyakan kepada Fazlina mengenai perkara sebenar yang berlaku.

“Dia menjelaskan perkara sebenarnya yang terjadi dan saya turut mengingatkan dia supaya jangan nak memalukan mak dan ayah dengan kontroversi yang berlaku.

“Saya memang tidak suka apabila adik saya dikaitkan dengan perkara sebegitu dan saya tidak mahu dia terlibat dengan perkara yang tidak boleh mendatangkan manfaat.

“Saya sebenarnya ingin berjumpa dengan pihak pengurusan Aiman untuk selesaikan perkara ini namun adik saya menghalang dan dia ingin menyelesaikan perkara itu sendiri tanpa saya,” katanya kepada Astro Gempak.

Ogy berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Sepetang Bersama Bonda Ratuku, di Hotel Premiera, Kuala Lumpur, pada Selasa.

Persembahan istimewa bersempena sambutan Hari Ibu itu akan menggandingkan Liza Hanim dan Safura selain Fauziah Ahmad Daud sebagai pengacara.

Sepetang Bersama Bonda Ratuku akan berlangsung pada 1 Mei depan bertempat di Hotel Premiera, Kuala Lumpur bermula pukul 2.30 petang.

Tiket bagi menyaksikan persembahan itu dijual pada harga RM10,000 (Pakej Korporat), RM5,000 (Pakej Bonda) dan RM150 (Individu) serta RM80 (Kanak-Kanak).

Untuk pertanyaan lanjut mengenai pembelian tiket boleh menghubungi 019-2975260 (Samirah) atau 016-3787863 (Cik Emyllia).

Sumber: Gempak

-SELANJUTNYA-

“Fazlina Ahmad Daud Mohon Maaf Selepas Penggambaran”- Aiman Tino Ditampar Pelakon Senior

“Fazlina Ahmad Daud Mohon Maaf Selepas Penggambaran”- Aiman Tino Ditampar Pelakon Senior
Penyanyi Aiman Tino mengakui tidak menyimpan perasaan marah apabila ditampar oleh pelakon Fazlina Ahmad Daud.Menurut Aiman, dia menggangap perkara itu sebagai proses pembelajaran sebagai pelakon dalam menghidupkan watak Kumin dalam drama bersiri, Mak Cun.

“Saya bersyukur kerana diberi peluang untuk berlakon bersama orang-orang hebat dalam drama bersiri arahan Erma Fatima.

“Pengalaman berlakon ini amat mencabar apabila saya ditampar oleh Fazlina Ahmad Daud kerana sukar menghayati watak untuk membawakan emosi sedih sambil marah.

“Pada awalnya mungkin tindakannya itu membuatkan saya terkejut dan disebabkan itu saya mudah untuk membawakan emosi yang diinginkan pengarah dalam drama ini.

“Saya faham kenapa dia lakukan begitu dan saya tidak marah kerana selepas selesai pengambaran dia ada memohon maaf serta menjelaskan kenapa dia bertindak demikian.

“Saya anggap apa yang terjadi itu sebagai proses belajar untuk saya terus berjaya dalam bidang lakonan,” katanya kepada Astro Gempak.

Aiman berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Mask Run di Wow KL Bistro, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Mask Run akan diadakan pada 15 April ini, pada pukul 7.00 pagi di Dataran DBKL, Kuala Lumpur Malaysia.

Selain Aiman Tino, larian itu turut disertai oleh Azza Elite dan Sasha Saidin.

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *