Isteri Diusyar Jejaka Misteri Semasa Dalam Penerbangan, Tindakan Sang Suami Yang Super Cool Ini Dipuji Warganet

Jodoh tidak akan datang jika tidak dicari. Selain menunggu dan berdoa bertemu dengan cinta hati diidamkan, kadangkala, langkah drastik perlu diambil untuk mengelak ‘prospek’ jodoh berlalu pergi lalu mengundang kekesalan di kemudian hari.

Seorang lelaki nekad mengambil langkah untuk mendekati wanita yang dilihatnya dalam penerbangan AirAsia, namun, pengakhirannya mungkin tidak seindah disangka.

Ini kerana wanita yang cuba dikenalinya itu rupanya adalah isteri orang dan bertambah malang suaminya turut berada didalam penerbangan yang sama walaupun berjauhan tempat duduk.

 Wife kena ‘try’ dalam pesawat

Pengguna Twitter berkongsi pengalaman lucu isterinya yang menerima surat layang dari jejaka misteri daripada penumpang pesawat yang duduk di depan mereka.

Ayat kelakar berakhir sadis

Boleh cuba cara ni

Jejaka misteri itu ‘menggunakan’ khidmat pramugari untuk menghantar surat yang dilipat dalam bentuk jet. Antara lain lelaki itu meluahkan dia tidak selalu berbuat demikian dan turut meninggalkan nombor telefonnya.

Saya tak biasa buat macam ni, tapi masa boarding tadi saya dah perasan awak dan saya tak nak nampak obvious sangat.

Namun begitu suami wanita tersebut nampaknya sangat sporting sehinggakan menjarakkan diri ketika dalam perjalanan ke terminal sebaik sahaja pesawat tersebut mendarat.

Lihat respon AirAsia

Lindungilah Hafeez dari kecewa lagi

Segelintir ntizen turut mendoakan kesejahteraan Hafeez dan berharap agar beliau tidak berputus asa sehingga menukar selera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *