Inilah 3 Tuntutan Dari DS Vida Yang Mesti Dipenuhi Aishah Dalam Tempoh 7 hari

Penaja utama Gegar Vaganza musim lalu, Datuk Seri Vida mengemukakan tiga tuntutan kepada juara musim keempat program itu, Aishah sebelum beliau memenuhi tuntutan penyanyi berkenaan.

Menurut Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, melalui peguamnya Zailan Mohamed beliau telah menghantar surat bertarikh hari ini kepada peguam penyanyi berkenaan dan mahu permintaannya dipenuhi dalam tempoh tujuh hari bermula hari ini.

Katanya, tuntutan pertama, Aishah dikehendaki membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung isu yang menjadi punca perbalahan antara mereka berhubung kenyataan medianya dimuat naik sejak 4 September lalu.

Menurut Vida, 46, melalui tuntutan kedua beliau ingin mengadakan pertemuan dengan penyanyi Janji Manismu itu bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku antara mereka.

Bagi tuntutan terakhir Vida meminta Aishah memadam semua kenyataan berhubung berlian palsu yang dimuat naik di media sosial sebelum ini.

Jutawan kosmetik itu juga menyatakan harapannya agar Aishah bersetuju untuk memenuhi semua tuntutan dengan berlapang dada.

Bagaimanapun, menurut Zailan sekiranya Aishah enggan menunaikan apa yang dikemukakan isu itu akan dibawa ke mahkamah.
Sebelum ini, Aishah melalui akaun Instagram miliknya mendakwa bahawa rantai berlian yang diterimanya bukan asli.

sumber: malaysiakini

sebelum ini..

“Kalau saya minta maaf sekali pun dua bulan punya sales dekat sejuta dah hilang… siapa yang nak bertanggungjawab?,”- Ini punca mengapa Dato Vida makin bengang

PETALING JAYA: Pengasas produk kecantikan Qu Puteh, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman memuji niat baik sahabatnya, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman yang mahu menjernihkan hubungannya dengan penyanyi Aishah.

Namun, Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida (DSV) berkata bukan mudah untuk beliau memenuhi permintaan penaja konsert Gegar Vaganza musim kelima (GV5) itu.

“Datuk Aliff ada berhubung dengan saya. Saya amat berbesar hati dan berterima kasih atas ingatan beliau. Saya puji niat ikhlas beliau.

“Walaupun bagi dia minta maaf tak bererti kalah, ia tidak dapat melenyapkan kecaman netizen terhadap saya,” katanya ketika dihubungi mStar Online.

Jelas beliau, kontroversi mengenai rantai berlian itu turut menjejaskan perniagaannya.

“Kontroversi itu dah memalukan saya, perniagaan saya turut terjejas.

“Kalau saya minta maaf sekali pun dua bulan punya sales dekat sejuta dah hilang… siapa yang nak bertanggungjawab?,” soalnya.

Sebelum ini Aliff Syukri meluahkan hasrat untuk menjernihkan hubungan Vida dan Aishah kerana menyedari peniaga saling memerlukan sokongan selebriti.

“Saya sekadar meminta Aishah dan Vida untuk berdamai, saya juga ada berhubung dengan Vida mengenai perkara ini.

“Saya tidak berpihak kepada sesiapa, niat di hati cuma mahu mereka tutup cerita lama. Penjual kosmetik dan artis ibarat isi dan kuku, jika minta maaf pun tidak semestinya kita salah,” katanya.

Sebelum ini Aishah yang terkenal dengan lagu Janji Manismu mendakwa barang kemas tajaan Vida yang dikatakan bernilai RM80,000 adalah palsu

Namun Vida mempertahankan rantai emas putih bertatahkan batu permata itu bukan palsu.

Malah Vida turut meminta Aishah supaya memulangkan semula rantai tersebut dan akan memberikan sesuatu yang ‘luar biasa’ kepadanya.

“Minta maaf tak bererti kalah” – Ini yang akan Aliff Syukri cuba lakukan pada konsert Geger Vaganza minggu hadapan supaya Vida Aishah berdamai

JUTAWAN kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman meluahkan hasrat untuk menjernihkan hubungan antara Datuk Seri Vida dan penyanyi Aishah.

Menurut Aliff, beliau terpanggil untuk berbuat demikian kerana menyedari industri hiburan di Malaysia adalah kecil dan peniaga sepertinya saling memerlukan sokongan selebriti.

“Saya sekadar meminta Aishah dan Vida untuk berdamai, saya juga ada berhubung dengan Vida mengenai perkara ini.

“Saya tidak berpihak kepada sesiapa, niat dihati cuma mahu mereka tutup cerita lama. Penjual kosmetik dan artis ibarat isu dan kuku, jika minta maaf pun tidak semestinya kita salah,” katanya kepada mStar Online.

Aliff ditemui selepas berakhirnya konsert pertama Gegar Vaganza musim kelima (GV5) pada Ahad malam.

Beliau adalah penaja utama program hiburan tersebut bagi musim ini.

Rantai berlian yang dikatakan palsu

Sebelum ini Aishah yang terkenal dengan lagu Janji Manismu mendakwa barang kemas tajaan Vida yang dikatakan bernilai RM80,000 adalah palsu.

VIDEO: DS Vida tuntut Aishah mohon maaf, ajak jumpa 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih lubokviral

sumber sembangkenchangtoq / kakihavoc

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *