Ini Doa PU Amin Buat Kak KM Oleh Kerana Gaya Promosii Yang Keterlaluan

BAru ini, PU Amin tampil menempelak tindakan seorang usahawan wanita yang terkenal yang dilihat mempromosikan produk jualannya dengan cara yang agak keterlaluan yang boleh dianggap lucahh. Menerusi satu posting  yang telah dimuat naik di Instagram miliknya, PU Amin memohon supaya Allah SWT memberi hidayah serta petunjuk kepada usahawan kontraversi tersebut.

Dengan Doa yang di pohon dari PU Amin itu ialah..

“Ya Allah kau berikan jalan kebaikan pada insan ini. Kami tak mahu ummat kami rosak dengan menatap segala video dan gambar gambarnya.”

“ Telah kami para pendakwah bersuara, menasihat secara lembut dan tegas, namun kami pula dicerca dan dimarahi. Ya Allah terimalah doa ku.”

“ Ya Allah lembutkan hati dan sedarkan para pembeli produk nya untuk berhenti mengikutinya kerana dengan kayanya insan ini sebelum bertaubatnya dia akan merosakkan ramai anak bangsa dan ummat ini,” tambah PU Amin lagi, hanya doa sahaja yang mampu dia lakukan.

“ Jika terlebih kata saya dipersalahkan tidak selari dengan dakwah Baginda Rasul. Saya mohon jasa baik rakan rakan bantu saya , doakan insan ini agar kembali atas jalan kebaikan, semoga insan ini berniaga dengan cara yang baik dan serta halal,” katanya lagi

Sementara itu juga, menerusi klip rakaman video tersebut yang telah dimuat naik dimedia sosial Facebook, usahawan wanita berkenaan cuba membangkitkan masalah bau alat sulit lelaki sambil mempromosikan produk jualannya.

Di perlihat sehingga kini, klip rakaman video berkenaan telah pon ditonton oleh pelayar media sosial sebanyak 244,000k jumlahnya.

Bila menjengah ke ruang komen, dilihat rata-rata warganet turut bersama sama mendoakan supaya usahawan wanita itu berhenti daripada menggunakan gaya promosi dengan cara yang lebih kelihatan sopan dan berhemah.

Tidak dinafikan berniaga adalah suatu kegiatan ekonomi yang amat dianjurkan Islam kepada umatnya oleh kerana aktiviti perniagaan itu menjanjikan hasil pulangan berlipat ganda kepada peniaga yang berusaha bersungguh-sungguh. Rasulullah juga adalah merupakan seorang peniaga dan baginda telah menawan hati ramai orang dengan cara baginda berniaga.

Moga Usahawan wanita yang dikenali sebagai kak KM ini akan sentiasa menjaga hal hal yg sensitif bila beliau mempromosikan sesuatu barangannya…

Lihat Rakaman Vdeo tersebut

sapa ada amik bau kote???

Posted by KM_lianarosli on Sunday, October 27, 2019

Sumber:monyethijau

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*