Ikhtiar waris dan keluarga yang sungguh amanah.

Alhamdulillah, setelah kira-kira dua tahun proses pembinaan, Masjid Al-Ghazali yang terletak di Jalan Depo Petrajaya Kuching telah mula dibuka kepada orang ramai sejak 13 Mei baru-baru ini.

Kos pembinaan Masjid Al Ghazali dengan reka bentuk serba moden berwarna kelabu yang terletak di Jalan Depo, Petra Jaya di sini bernilai RM3.5 juta dengan sebahagian besarnya adalah daripada wang paampasan kesemua enam mangsa yang terkoorbaan dalam tragedi pesawat yang ditembak jatuh dekat sempadan Ukraine-Rusia, Julai 2014.

Tahukah anda, Masjid Al-Ghazali ini dibina atas ikhtiar waris dan keluarga almarhumah Ariza Ghazalee yang telah terkoorban dalam nahas MH17 pada 17 Julai 2014 yang lalu.

Tragedi yang mengoorbankan 298 nyawa itu turut mengoorbankan enam sekeluarga yang berasal dari Kuching, Sarawak. Enam sekeluarga tersebut ialah;

1. Tambi Jiee, 49 tahun (ayah)

2. Ariza Ghazalee, 46 tahun (ibu)

3. Muhammad Afif 19 tahun (abang sulung)

4. Muhammad Afzal, 17 tahun (abang kedua)

5. Marsha Azmeena, 15 tahun (anak perempuan)

6. Muhammad Afruz 13 tahun (anak bongsu)

Waris mangsa sebulat suara mewakafkan wang paampasan keluarga tersebut sebagai salah satu amal jariah bagi pihak almarhumah Ariza sekeluarga.

Pembinaan peringkat awalan masjid tersebut merangkumi ruang solat utama, ruang solat perempuan, tandas, tempat wuduk, pejabat dan lain-lain kemudahan. Dengan keluasan 620 meter persegi, masjid tersebut boleh memuatkan 450 orang jemaah pada satu-satu masa.

Rasullullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda; “Sesiapa yang membangun masjid kerana Allah walaupun hanya selubang tempat burung bertelur atau lebih kecil, maka Allah bangunkan baginya rumah seperti itu pula di syurga.” (HR. Ibn Majah)
Dalam satu hadith lain yang diriwayatkan oleh Al-Mustaurid bin Syaddad, Rasulullah SAW bersabda, “Demi Allah, tidaklah dunia dibandingkan akhirat kecuali seperti seseorang dari kalian mencelupkan jarinya ke laut, maka lihatlah apa yang tersisa di jarinya jika ia keluarkan dari laut?”

Moga-moga almarhumah Ariza Ghazalee sekeluarga sentiasa dirahmati illahi.

Bagi sesiapa yang ingin memberi infak untuk kegunaan masjid, boleh salurkan ke Jawatankuasa Pembinaan Surau Al-Ghazali.

RHB Bank : 21125460007829

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *