Hey Dato Saya Ni Boleh Mengandung Tau Cuma Kahwin Jer Belum. Lawak Habis Bila Aliff Syukri Selamba Ngutuk Sajat

Jika ditanya siapa Sajat, pendek kata semua kenal dengan usahawan muda berjaya ini. Nama NurSajat gah baik dalam bidang perusahaan kosmetik, mahu pun dalam industri tanah air. NurSajat lebih dikenali sebagai seorang personaliti media berbanding seorang pengasas kosmetik. Gambar-gambarnya yang dimuat naik di Instagram menunjukkan wajahnya yang jelita dan tubuh badannya yang menawan membuatkan ‘wanita’ ini mempunyai lebih 1 juta pengikut.

Sila skrol ke bawah untuk lihat video penuh di hujung artikel

Berstatus jutawan kosmetik, beliau pernah tampil mendedahkan punca beliau bergambar dalam keadaan mengandung itu. Sajat dakwa gambar tersebut adalah dirinya, dan menjelaskan ia diambil pada 2013. Ketika itu Sajat menjadi model sebagai wanita mengandung untuk pembikinan ‘flash mob’ bagi sebuah video komersial.

“Tolong jangan hanya kerana gambar, mereka nak menghina dan menghukum saya. Itukan sudah dosa.

“ Memang dulu saya sekadar orang biasa, makan gaji dan kehidupan macam orang biasa. Tidak ada pula orang nak kecam.

“ Tapi bila saya dah berada di tahap sekarang, banyak yang cuba nak memperlekehkan saya. Itu adalah normal,” ujarnya seperti dilaporkan portal mStar.

Beliau berkata sebelum bergelar usahawan, beliau pernah menjadi model dan penari namun apa yang dilakukan kurang disenangi pengikut media sosial.

“ Saya mengaku memang saya ‘upload’ gambar ini, tetapi tujuannya hanya berkongsi kerjaya Sajat saja.

“ Ya dulu pun biasa jadi pelakon tambahan, jadi tidak salah kita nak jadi watak apa pun.

“ Tapi tidak ada pun yang lebih, yang terlebih mengata itu adalah netizen,” beliau dilaporkan berkata.

Sajat mengulas tentang gambarnya sedang hamil yang menjadi viral. Ditanya tentang gambarnya disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, Menurut Sajat, perkara ini adalah normal bagi mereka yang mencemburi kejayaan dan populariti yang dikecapinya kini.

“ Bila saya dah berada di tahap sekarang, banyak yang cuba nak memperlekehkan saya , itu adalah normal. Apapun yang saya lakukan, mak ayah tahu,”

Beliau ditanya tentang keinginan mengandung, ini jawapan dari Sajat:

“ Sekiranya ada jodoh kahwin baru kita tanya soal anak. Itu semua rezeki daripada Allah.”

Timbul spekulasi ditimbulkan dengan Nursajat usahawan kosmetik terkenal di Malaysia. Status beliau samada lelaki atau perempuan menjadi tanda tanya hingga sekarang.

Ajar Anak Angkat Panggilnya Umi

Sementara gambar tersebut menyebabkan ada netizen yang mempersoalkan status dirinya, sama ada dara atau janda. Ada juga yang ingin melihat ‘anaknya’ itu. Dilaporkan NurSajat mempunyai dua anak angkat yang bernama Nur Syaza Sajidah dan Muhammad Syahmi.

Walaupun netizen mengatakan yang Sajat itu sebenarnya adalah lelaki tetapi telah melakukan pembedahan tetapi usahawan terkenal itu tetap tidak jemu cuba buktikan yang dia sebenarnya adalah wanita. Baru-baru ini, Sajat telah memuat naik satu video yang menunjukkan anak angkatnya memanggil Sajat dengan panggilan ‘’Ummi” dan bukan “Walid”.

Tambah Sajat, budak kecil tidak pandai menipu jadi jika anaknya itu memanggilnya dengan panggilan “Ummi” itu bermakna yang dia itu benar-benar wanita dan bukan seperti yang orang sangkakan selama ini.

Namun, seperti biasa, tidak kira apa pun cara yang Sajat cuba lakukan untuk membuktikan yang dia itu adalah seorang wanita, netizen tetap akan menjadikan itu sebagai bahan dan menghujaninya dengan pelbagai kritikan.

Rata-rata netizen mengatakan yang budak-budak memang tidak reti menipu tetapi mereka senang ditipu dan anaknya telah memanggil dia dengan panggilan seperti itu kerana telah diajar. Betul juga, jika dari kecil sudah diajar panggil ‘Ummi’ tak kan lah bila dah besar nak tukar panggil ‘abah’. Tapi, comel apa ‘Ummi Sajat’.

Lebih teruk, ada juga netizen mengelarkan Sajat sebagai gigih kerena ‘try hard’ teruk mahu buktikan yang diri dia itu sebenarnya perempuan padahal perempuan lain tidak perlu buktikan yang mereka itu adalah perempuan. Apa lagi yang mahu dibuktikan, dah lahir sebagai perempuan, ciri-ciri tubuh badan pun seperti perempuan, sah-sah lah perempuan. Tak kan nak kena tunjuk dulu baru nak percaya.

Namun walau apa pun kebenarannya, hanya Sajat sahaja yang ketahui. Untung betul anak angkat Sajat, dapat ummi kaya, mintak apa mesti dapat

Sajat Tidak Marah Lagi

Sementara itu sbelum ini seorang pemuda yang mempersendakan wajah anak angkat Nur Sajat pastinya tidak keruan apabila usahawan kosmetik itu hanya mendiamkan diri selama beberapa hari selepas lelaki berkenaan membuat permohonan maaf. Malahan, lelaki yang dikenali sebagai Pian Kpop itu sebenarnya boleh menarik nafas lega apabila permohonan maafnya diterima Sajat. Ia berhubung tindakan Pian yang sekali lagi tampil memohon maaf tetapi ia dibuat memerusi ruangan komen di akaun Instagram milik Sajat pada Ahad.

“ Assalamulaikum akak Sajat, sihat ke tu… marah Pian lagi ke? Pian betul-betul minta maaf akak,” kata Pian sambil memuji produk keluaran usahawan itu.

Komen tersebut dibalas Sajat sambil berkata: “ Tak marah dah. Salam kosong-kosong. Lain kali jangan buat lagi. Take care (jaga diri) Pian.”

Reaksi balas dari Sajat itu ternyata menceriakan hari Pian pada hujung minggu apabila dia memuat naik paparan skrin mesej tersebut  di laman sosialnya pada Ahad. Pian yang mengucapkan kesyukuran turut memuji kemuliaan hati Sajat kerana sudi memaafkannya.

“ Yahooo!!! Kak Sajat tak marah Pian dah. Sayang Kak Sajat. Akak Sajat ni baik orangnya,” luah Pian yang mendapat pujian netizen kerana mengakui kekhilafannya dan tidak berputus asa meminta maaf. Rabu lalu, Pian yang terkenal dengan video parodi di laman sosial memuat naik gambar Sajat bersama dua anak angkatnya tetapi disunting dan digantikan dengan gambarnya sendiri.

Terdahulu Sajat yang berang dengan perkara itu memberi amaran untuk mengambil tindakan terhadap Pian berikutan lawaknya yang keterlaluan. Pian kemudiannya mengakui tindakannya tersebut agak keterlaluan dan membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi satu video yang dimuat naik di Instagram.

Pian turut berjanji tidak akan mengulangi perkara itu sambil memberitahu, tindakan keterlaluan tersebut dibuat semata-mata mahu meraih perhatian Sajat. “ Bukan apa, Pian nak perhatian daripada Kak Sajat sebab semua orang tidak mahu ambil perhatian pada Pian. Minta maaf Kak Sajat,” luahnya.

Sementara itu umum mengetahui Sajat sememangnya rapat dengan seorang lagi jutawan kosmetik iaitu Dato Aliff Syukri. Terbaru mereka telah berkolaborasi bersama seorang lagi artis dari Indonesia, Lucintaluna menerbitkan sebuah lagu yang tengah trending sekarang iaitu Bobo di Mana.

Video di bawah merupakan klip video pendek yang menunjukkan Dato Aliff Syukri menyakat Sajat dipercayai didepan rumah Sajat. Aliff Syukri dilihat cuba mengajak menemani pergi kebunnya sambil berjongging, namun Sajat dilihat cuba mengelak dengan memberi alasan tidak sihat.

Apa yang mencuit hati netizen adalah apabila Dato Aliff menyebut ” kau mengandung ke apa?” hahaha lawak betul Dato Aliff ni.

Jom lihat klip video penuh di hujung artikel.

Lihat video penuh di bawah

Jom baca apa komen netizen di bawah

” @schanorra hahahahaha gah…. sya boleh mengandung tw. Ngndung anak gajah lg..”
” Kalau sajat mengandung kita putus kawan @zarieqjafree..”
” Suara dua2 lebih kurang..Haihh..Jantan tp prasan boleh mengandung..X tau seksa pompuan mcm mne..Bg dirasa kan mcm mana rasa prempuan tulen tu rasa..”
” Dh laa piriod hujung2 bulan…Adoi klakar rasa..”
” Slamber jerk kutuk sajatttt..hahahah..”

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Lubok Viral

Sumber: depakata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *