Hentikan Fitnah, Tun M Tidak Jatuh Tersungkur Seperti Yang Ditularkan

Sejak 2 hari lepas telah tular beberapa keping gambar yang menunjukkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kelihatan jatuh tersungkur selepas selesai menunaikan Solat Sunat Aidiladha di Masjid Negara.

Antara kenyataan yang tular di media sosial mengatakan Perdana Menteri tersadung di masjid kerana beliau ‘penat atas pelbagai sebab’, lapor mStar.

 

 

 

 

 

 

 

Walau bagaimanapun, kenyataan itu rupa-rupanya berita palsu lepas pegawai yang rapat dengan Tun M menafikannya dan menyifatkan berita ni sebagai ‘propaganda’.

“Beliau tak terjatuh… beliau sihat,” menurut sumber kepada The Star.

Gambar yang diperoleh daripada penulis blog Minaq Jinggo tu juga katanya dengan sengaja telah diterbalikkan dan turutan sebenar gambar adalah Tun M sedang cuba untuk bangun sebaik selesai tunaikan solat.

Jadi maksudnya Tun M bukanlah terjatuh seperti yang ditularkan tetapi sedang cuba untuk bangun sendiri tanpa bantuan sesiapa. Gambar yang tular pula diletakkan sekali kenyataan bahawa Tun M terjatuh, ini benar-benar tidak berasas.

Jom lihat video penuh di bawah.

“ Beliau masih cukup bertenaga untuk melakukannya walaupun hanya rehat yang sedikit selepas kunjungannya ke China,” komen Minaq Jinggo, jurugambar veteran tentang isu ni.

Susulan isu ini, diharapkan pengguna media sosial hentikanlah buat fitnah atau sebarkan berita tak benar tentang Perdana Menteri kita ini. Doakan Tun M sihat selalu okay..

Oleh yang demikian, admin berharap kepada masyarakat di luar sana jangan lah cepat menyebarkan sebarang berita yang belum disahkan kesahihannya. Sebaliknya cuba selidik dahulu, jangan main ‘share’ atau forward sahaja sebarang berita yang tular.

Kepada yang cuba membuat fitnah, sudah-sudah lah. Berhenti lah dari meneruskan kegiatan tidak bermoral yang mendatangkan dosa itu.

Ayuh kita jadikan laman sosial sebagai medan untuk berkongsi ilmu yang bermanfaat dan perlebihkan ‘share’ perkongsian yang berfaedah. Mudah-mudahan menjadi bekalan kepada kita di alam akhirat.

Jom baca antara komen netizen;

” Beliau terlalu leteh baru saja pulang urusan negara ka Cina selama 5 hari pulang langsung beri ucapan hari Raya di TV. Walau pon letih Tun pergi masjid. Jadual tugas dia ketat dan berat. Terpaksa serah kuasa sa telah tugas2 dah selesai. Beruntong lah orang yang akan ambil alih. Dulu masalah serangan krisis matawang Tun selesaikan terus serah kuasa pada tapi sayang serah kuasa pada yang tak berkebolehan. Terpaksa dia betulkan balik..”

” ketahuilah tua bukan satu penyakit. ia adalah realiti hidup. tak perlu kita memandang hina pada org tua lantas memperkecilknnya. tun tidak pernah nafi dia tua. wlpun tua tun brjiwa besar utk selamatkn negara. yg sebarkn fitnah blum tentu blh sampai umur 93 dan tak nyanyuk..”

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Lubok Viral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *