Heboh Pasal Video Pegawai Timbalan Menteri Rakam Bawah Skirt. Memang Mengejutkan

Pihk polis telah menahan bekas pegawai Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman berhubung tindakan merakam bawah skirt seorang wanita yang dipaparkan menerusi sebuah klip video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bertarikh 8 September 2018.

Datuk Seri Mazlan Lazim, Ketua Polis Kuala Lumpur,  memberithu lelaki berusia 47 tahun itu ditahan di sebuah restoran di ibu negara kira-kira jam 1 petang tadi.

” Kita akan jalankan siasatan lanjut terhadap suspek diteruskan mengikut Standard Operating Procedure (SOP) yang sedia ada.

Sila skrol ke bawah untuk lihat video

” Selain itu kes ini disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan- Kesalahan Kecil 1955 (Akta 336),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, beliau meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes ini kerana masih dalam siasatan pihak polis.

” Jadi sekiranya orang ramai mempunyai sebarang maklumat yang boleh membantu siasatan kes ini bolehlah menghubungi ASP Azrizal Khairul Abd Kadir (Pegawai Penyiasat Kanan) di talian 019-2769117 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di talian 03-40482233,” katanya.

Terdahulu klip rakaman berkenaan menjadi tular selepas seorang wanita yang juga kakitangan kedai cermin mata membuat laporan polis terhadap suspek yang melakukan tindakan itu ketika wanita berkenaan memeriksa mata Mohd Azis.

Turut dilihat seorang lelaki lain duduk di belakang wanita itu dan kemudian dilihat menggunakan telefon bimbitnya seakan membuat rakaman dari bawah skirt wanita berkenaan.

Kejadian berkenaan dikatakan terjadi di Solaris Dutamas, Kuala Lumpur.

Selang beberapa jam selepas berita berkenaan menjadi tular, Mohd Azis bertindak memecat pegawainya itu setelah mengesahkan rakaman itu benar.

Dalam pada itu Azis dalam satu kenyataan hari ini berkata perbuatan pegawainya itu terkutuk dan keji serta menjejaskan kredibiliti beliau sebagai ahli Kabinet.

“ Dan saya memandang serius tindakan individu tersebut yang membuat rakaman sedemikian secara sembunyi dan senyap-senyap tanpa saya sedari ketika pemeriksaan mata tersebut dijalankan.

“ Oleh itu tindakan dan perbuatan sedemikian adalah terkutuk dan keji. Selepas membuat pertimbangan, keputusan untuk memecat pegawai tersebut dibuat serta-merta kerana tindakan tersebut yang menjejaskan imej dan kredibiliti saya selaku Timbalan Menteri Dalam Negeri dan pejabat Timbalan Menteri,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, seorang staf wanita kedai cermin mata di Solaris Dutamas, Kuala Lumpur membuat laporan polis selepas menyedari kejadian itu ketika sedang membuat pemeriksaan mata ke atas Azis.

CCTV menunjukkan seorang wanita sedang memeriksa mata Azis dengan seorang lelaki lain duduk di belakang wanita tersebut.

Sementara lelaki itu dilihat menggunakan telefon bimbitnya seakan membuat rakaman dari bawah skirt wanita berkenaan.

Aziz yang juga Ahli Parlimen Sepanggar turut memohon maaf atas tindakan pegawainya tersebut.

Jom lihat video penuh di bawah

“Oleh itu saya mengambil maklum berhubung salinan laporan polis dan rakaman video CCTV yang tular dalam media sosial membabitkan tindakan dan perilaku seorang individu yang bersama saya semasa pemeriksaan mata dijalankan.

“ Dan saya memohon maaf atas tindakan pegawai tersebut dan ia tidak ada kena mengena dengan pegawai-pegawai lain dalam pejabat Timbalan Menteri yang sedang bertugas dengan saya,” ujarnya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Lubok Viral

Sumber: sinarharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *