Heboh Kisah Budak 10 Tahun Couple Dengan Model Cantik Dan Hadiahkan Iphone X Untuk Kekasihnya. Netizen Cakap Duit Banyak Boleh Laa

Jika di Malaysia, agaknya apakah yang selalu bermain di fikiran seorang kanak-kanak berusia 10 tahun. Atau apakah aktiviti yang selalu dibuat oleh budak kecil seusia itu. Kebiasaanya orang akan menjawab, bermain basikal, main kejar-kejar, pergi kelas mengaji  atau paling ‘advance’ pun main permainan online.

Namun siapa sangka di negara luar seorang budak lelaki berusia 10 tahun mempunyai kekasih hati yang merupakan seorang model yang cantik menawan serta mampu menarik perhatian semua lelaki yang melihatnya pada pandangan yang pertama. Itulah yang berlaku apabila wanita yang memiliki wajah dan kulit yang sangat cantik itu dipercayai sedang bercinta dengan budak lelaki ini yang berkaca mata.

Dikatakan pada cuti Krimas yang lalu, seorang budak lelaki dari Thailand tersebut dilaporkan telah menghabiskan masa cutinya bersama wanita yang didakwa kekasihnya di sebuah pusat membeli belah. Pasangan ini dilihat seperti merpati dua sejoli sambil bermesraan di khalayak ramai.

Menurut laporan yang dipetik dari WOB, budak lelaki tersebut yang dikenali sebagai Nantapong Kidwapattana itu keluar bersama kekasihnya pada hari Krimas dan beliau turut merakamkan kenangan bersama kekasihnya itu. Tidak lama kemudian beliau dilihat memuat naik beberapa gambar ke laman sosial Facebook miliknya dan bermula dari situ ia  menjadi viral dan tersebar.

Namun apa yang menjadi perhatian, perkara ini sangat mengejutkan ramai netizen dan pelbagai pihak selepas mendapat tahu yang budak tersebut baru berusia 10 tahun sedangkan kekasihnya itu pula seorang model cantik dan popular lebih berusia daripadanya. Dikatakan juga perempuan itu adalah seorang DJ.

Tidak hanya disitu, lebih menarik perhatian ramai adalah menerusi gambar yang tersebar itu, Nantapong dilihat telah menghadiahkan kepada kekasihnya sebuah iPhone X.  Perkara ini telah menimbulkan pelbagai pendapat dikalangan netizen malah mengejutkan orang ramai selepas melihat perkongsian gambar melalui Facebook milik Nantapong sendiri.

“ Seperti anda lihat hari ini saya bawa kekasih saya tengok movie. Oleh kerana dia seorang gadis cantik dan comel, saya hadiahkan padanya sebuah iPhone X yang bernilai 47,000 Baht (RM5,800),” tulis budak tersebut melalui postingnya di Facebook.

“ Bagi saya telefon bimbit tersebut adalah sebagai ganjaran untuk percintaan kami,” ujarnya lagi.

Sementara di Facebook milik Nantapong, beberapa gambar yang rata-rata daripadanya menujukkan gambar kenangan antara dia dan kekasih hatinya itu dan semua rakan Facebooknya dilihat begitu memuji beliau kerana memiliki seorang kekasih hati yang sangat cantik jelita.

Lebih menarik apabila salah satu gambar tersebut menunjukkan Nantapong turut bergambar dengan kekasihnya itu iaitu gambar tangan yang berbentuk hati. Gambar ini membuktikan bahawa mereka sememangnya sedang hangat bercinta dan berkasih sayang.

Berikutan gambar dan posting itu, hadiah Krismas Nantapong sehingga kini tersebar dengan puluhan ribu perkongsian dan turut menarik perhatian ramai netizen disebabkan keunikan cinta Nantapong yang berusia 10 tahun itu. Berdasarkan satu laporan, netizen turut berjaya mengesan identiti model wanita tersebut yang merupakan seorang model yang popular di Bangkok, Thailand.

Namun seperti biasa apabila sesuatu kisah menjadi tular, netizen pasti memberikan pendapat masing-masing dan Nantapong turut tidak terkecuali menerima komen dan kecaman dari mereka. Malah ada yang mengatakan bahawa Nantapong berjaya memiliki model cantik tersebut hanya kerana dia memiliki wang bukannya atas dasar cinta semata-mata sebaliknya kerana duit adalah segala-galanya.

Sebab kalau fikir balik macam mana budak lelaki yang berumur 10 tahun boleh mengurat perempuan secantik model tu dan siap keluar dating tengok wayang. Dan apa sebenarnya yang dipandang oleh perempuan cantik tersebut ke atas seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun.

Bukankah itu sesuatu yang pelik. Malah jika disemak semula berkenaan perundangan rasanya semua negara mengharamkan perhubungan seorang dewasa dengan kanak-kanak. Pastinya pihak berkuasa akan memandang serius perkara ini yang dilihat boleh merosakkan anak kecil itu biarpun atas dasar kerelaan.

Video di atas hanya hiasan semata-mata

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Lubok Viral

Sumber: mediamaklumat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *